Berita Terkini

18 minit yang lalu: KPKT lulus RM3.4 juta pulih projek perumahan terbengkalai di Terengganu 18 minit yang lalu: Lelaki cederakan bekas isteri kerana rebut anak bawa ke klinik didenda RM1,000 18 minit yang lalu: Yayasan di negara ini tidak harus bergantung kepada derma, perlu tingkat keupayaan dana melalui pelaburan dan perniagaan - PM 19 minit yang lalu: Teliti semula syarat tetapkan pemaju perumahan sedia rumah mampu milik - PM 19 minit yang lalu: Jaga disiplin, nama baik Malaysia ketika di Tanah Suci - Na'im

IKUTI KAMI


Skim Rumah Pertamaku Wajar Diteruskan, Harap Kerajaan Bantu Rakyat

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2023 7:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) meluahkan kekhuatiran dengan pemansuhan Skim Rumah Pertamaku (SRP) bermula 1 April 2023 ini.

Dalam satu kenyataan kepada Getaran, jurucakap persatuan itu memaklumkan, SRP telah banyak membantu pembeli memiliki rumah pertama mereka.

Menurutnya, pemansuhan tersebut sudah pasti akan memberi impak kepada pembeli yang tidak mampu membayar wang pendahuluan sebanyak 10 peratus daripada harga rumah.

“Kerajaan diharap terus memperkenalkan skim yang memfokus kepada pembeli kurang berkemampuan bagi membolehkan mereka membeli rumah idaman masing-masing.

“Maklum balas dari kalangan ahli REHDA menyatakan, ramai di antara pembeli rumah di bawah skim ini adalah pembeli berkelayakan untuk membeli rumah mampu milik seperti Rumah Selangorku (RSKu) di Selangor, tetapi mempunyai masalah menyediakan wang pendahuluan sebanyak 10 peratus daripada harga rumah,” katanya.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas pemansuhan SRP mulai 1 April depan, seperti diumumkan perbadanan pengurusan skim tersebut, Cagamas Bhd.

“Kami berharap pihak kerajaan akan terus memperkenalkan skim yang memfokus kepada mereka kurang berkemampuan bagi membolehkan golongan ini membeli rumah idaman mereka.”

Pengurusan Cagamas Bhd dalam satu kenyataan di laman sesawang SRP menasihatkan individu yang berminat memohon pinjaman atau pembiayaan itu untuk mengemukakannya sebelum 31 Mac.

Cagamas di kenyataan berkenaan turut memaklumkan, lebih 90,000 pemohon berjaya mendapatkan pembiayaan menerusi skim berkenaan dengan lebih 90 peratus adalah golongan B40 dan belia berusia antara 25 hingga 40 tahun.

Untuk info, SRP diperkenalkan bagi membantu isi rumah berpendapatan kasar bulanan di bawah RM10,000 untuk memiliki rumah pertama mereka.

Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap REHDA itu berkata, pihaknya sedar kerajaan sedang berusaha untuk mengagihkan perbelanjaan Belanjawan 2023 dengan bijak dan cermat.

Jelasnya, REHDA amat berterima kasih atas peruntukan RM5 bilion kepada Skim Jaminan Kredit Perumahan yang dijangka dapat membantu sehingga 20,000 rakyat tanpa sumber pendapatan tetap seperti petani, pekerja ekonomi gig dan pemilik perniagaan kecil.

“Kami berharap pihak kerajaan akan terus memperkenalkan skim yang memfokus kepada mereka kurang berkemampuan bagi membolehkan golongan ini membeli rumah idaman mereka.

“REHDA akan sentiasa menyokong dan membantu kerajaan dengan menjalankan tanggungjawab kami untuk menyediakan perumahan mampu milik yang berkualiti dalam tempoh ideal demi kepentingan dan kebaikan rakyat Malaysia,” katanya.

Sementara itu, ketika dihubungi, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Ma’amor Osman berkata, beliau berasa terkejut dengan pemansuhan skim terbabit, kerana percaya SRP adalah satu skim yang bagus untuk golongan berpendapatan rendah (B40).

Sehubungan itu, tambahnya, beliau berharap pihak lain yang berkemampuan termasuk Syarikat Perumahan Negara Berhad dapat meneruskan kesinambungan SRP bagi menggalakkan rakyat memiliki rumah.

“Jadi sepatutnya kita galakkan lagi semua orang untuk memiliki rumah.” 

“Sebab kita percaya bahawa kalau rakyat sudah membeli rumah pertama, mahu tidak mahu, dia akan ikat perut juga untuk membayar hutang pinjaman tersebut. Kalau kita tidak galakkan orang memiliki rumah maka majoritinya akan terus menyewa dan kemungkinan sampai bila-bila.

“Sebab kita tahu, (orang ramai) terutama golongan B40 tidak memberi keutamaan kepada pemilikan rumah sedangkan saya rasa pemilikan rumah ini lebih utama daripada pembelian kereta dan sebagainya.

“Jadi sepatutnya kita galakkan lagi atau berkempen semua orang patut memiliki rumah,” katanya.

Dr Ma’amor memberitahu, terdapat banyak cara yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan untuk meneruskan SRP, sama ada menerusi syarikat tertentu atau menawarkan pinjaman bersesuaian.

Selain itu, ujarnya, kerajaan perlu memastikan harga rumah tidak melambung tinggi atau berada di luar kemampuan sehingga membawa kesukaran kepada orang ramai untuk membeli.

“Bagi saya, kena galakkan orang beli dan pada masa sama, kita harap harga rumah tidak melambung tinggi sebab itu kadang-kadang sukar bagi seseorang itu membeli sebuah rumah sebab depositnya walaupun 10 peratus, tetapi rumah itu (pula) berharga RM500,000. Mereka perlu berbelanja RM50,000.

“Bayangkan hendak menyimpan dalam lingkungan RM50,000 kalau gajinya di bawah RM10,000. Katakanlah suami isteri boleh menyimpan satu bulan RM1,000 pun, hendak dapatkan RM50,000 perlukan 50 bulan maknanya bertahun-tahun,” tambahnya.

“Kita harap pemaju dan kerajaan kalau hendak membuat skim ini janganlah letakkan rumah di ceruk mana-mana, jadi orang tidak mahu membeli.”

Dr Ma’amor berpendapat, kerajaan seharusnya memikirkan kaedah terbaik untuk membolehkan rakyat membeli rumah tanpa perlu membayar deposit 10 peratus kerana ia menjadi faktor utama yang menghalang mereka mencapai impian itu.

“Jadi, saya tidak berapa jelas bagaimana SRP (beroperasi), mungkin ia kecualikan deposit atau tidak, saya tidak tahu.

“Tetapi cadangan saya, kerajaan kena fikirkan bagaimana (selesaikan pembayaran deposit). Dahulu ada skim sewa beli, itu pun menggalakkan orang membeli rumah, sebahagian daripada sewanya menjadi deposit dan akhirnya dapat membeli rumah tersebut.

“Kita harap pemaju dan kerajaan kalau hendak membuat skim ini janganlah letakkan rumah di ceruk mana-mana, jadi orang tidak mahu membeli.

“Kadang-kadang rumah itu berharga RM300,000 tetapi dengan kos pengangkutannya tinggi, akhirnya menjadi lebih mahal. Kalaulah pegawai kita memikirkan untuk rakyat, dia mesti dapat jumpa penyelesaiannya,” katanya. - Getaran, 24 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Inisiatif Pemilikan Rumah Diteruskan, Jaminan Pembiayaan Perumahan Sehingga RM5 Bilion - KPKT

Sorotan

1

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

2

Sam Rainsy Sudah Tinggalkan Malaysia – Wisma Putra

3

Bayi Lelaki Dihurung Semut Di Hentian Bas

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Peruntukan Tinggi Untuk Sabah Dan Sarawak Berdasarkan Keperluan - PM

Semasa 8 jam yang lalu

Ada Kumpulan Cuba Salah Guna Gambar Saya Lawat Gereja Di Kajang – PM

oleh Jason Santos

Semasa 1 hari yang lalu

Pembinaan LRT Pulau Pinang Dijangka Bermula Lebih Awal

Semasa 1 hari yang lalu

MOT Berhasrat Laksana Program MyLesen Babitkan Lesen PSV Kelas E Bagi Bas