web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mekanisma Baharu Percepat Pengeluaran Sijil Halal Perlu Dilaksana - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2023 3:48PM

Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bersama Zafrul Aziz (kiri) dan Ahmad Maslan menunjukkan Buku Plan Besar lndustri Halal 2030 pada pelancarannya di Parlimen hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Halal Malaysia hari ini sepakat bersetuju bahawa satu mekanisma atau proses baharu perlu dilaksanakan bagi mencepatkan proses pengeluaran sijil halal.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia memandangkan pengeluaran sijil halal ketika ini mengambil masa kira-kira sembilan bulan untuk diluluskan berikutan beberapa kekangan termasuk karenah birokrasi.

"Pengeluaran sijil-sijil halal itu hendaklah dilakukan dengan mempercepatkan prosesnya, tetapi mematuhi syarat-syarat yang ditentukan.. kita harus keluar daripada kepompong pemikiran dan pendekatan silo dalam perkara ini.

"Ini kerana terdapat lebih 200,000 syarikat halal, tetapi untuk memperoleh sijil halal ini ada kekangan," katanya pada sidang media selepas melancarkan Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP 2030) di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Justeru, beliau berkata antara langkah dilakukan bagi menambah baik prosedur itu adalah pelancaran Pelan Induk hari ini yang antara lain melakar hala tuju industri halal yang mempunyai potensi pasaran domestik dan luar negara. 

Ahmad Zahid yang merupakan Pengerusi Majlis Pembangunan Halal Malaysia berkata pelaksanaan Pelan Induk Industri Halal 2030 itu dilihat memang tepat pada masanya, semasa negara berusaha untuk memanfaatkan secara strategik permintaan global yang semakin meningkat bagi produk dan perkhidmatan halal.

Beliau berkata Pelan Induk itu juga akan mengukuhkan lagi peranan kepimpinan Malaysia dalam industri halal, dengan memanfaatkan kelebihan negara yang memiliki ekosistem industri halal diiktiraf dunia, di samping memiliki kepakaran yang diperlukan.

Beliau seterusnya mencadangkan agar penganjuran Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) yang melibatkan pengeluar produk dan pemain industri pada 15 Sept ini, turut melaksanakan program padanan perniagaan.

"Padanan perniagaan dengan rakan-rakan, perkongsian pintar di luar negara (perlu dilaksanakan) agar produk-produk halal ini dapat dieksport ke pasaran yang berpotensi besar melalui business partners atau pun rakan-rakan perkongsian dalam sektor perniagaan halal ini di luar negara," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad