web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kelewatan Komuter Lembah Klang Bersifat Sementara, Bukan Kurang Popular - Loke

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2023 7:00AM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu kelewatan tren komuter kendalian Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Lembah Klang hanyalah bersifat sementara dan perkhidmatan itu tidak wajar dianggap sudah semakin kurang popular, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata masalah itu akan dapat diselesaikan sebaik sahaja projek Landasan Berkembar Lembah Klang Fasa 1 (KVDT1) siap sepenuhnya.

“Memang terdapat masalah perkhidmatan disebabkan pembinaan dan penaiktarafan landasan berkembar kita yang masih lagi berjalan dan ini beri kesan kepada operasi terutama kekerapan tren sedia ada dan sudah tentu jangka masa (menunggu) di stesen lebih lama, itu sebab ramai yang mengeluh.

“Kita akan terus berbincang dengan KTMB untuk melihat bagaimana untuk menambah kekerapan tren bagi mengatasi cabaran operasi ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani Perjanjian Bersama Ke-10 KTMB dengan Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB (RUM) di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin dan Presiden RUM Abdul Razak Md Hassan.

Beliau turut merujuk kepada Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) yang popular sehingga ramai mengeluh kerana tidak dapat membeli tiket.

“Jadi tak tepat mengatakan perkhidmatan KTMB tidak popular. Isu ini ia cuma melibatkan satu sektor sahaja iaitu komuter Lembah Klang sebab ada masalah operasi dan kita akui masalah ini,” katanya.

Terdahulu, perjanjian bersama itu antara lain mengandungi cadangan pelarasan gaji membabitkan kakitangan KTMB serta nilai tambah kemudahan dan faedah sedia ada kepada ahli kesatuan serta kakitangan dan ia telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan melalui surat bertarikh 13 Januari lepas.

 Mohd Rani dalam ucapannya berkata Kementerian Kewangan telah meluluskan pelarasan gaji sebanyak 12 peratus kepada semua kakitangan bukan eksekutif gred 9 dan 10 manakala pelarasan gaji sebanyak 15 peratus bagi kakitangan gred 11 dan 12.

“Kita amat bersyukur dengan adanya pelarasan gaji ini akan memberi suntikan semangat untuk semua peringkat kakitangan bukan eksekutif bagi meningkatkan prestasi kerja serta menyumbang tenaga dalam merealisasikan pelaksanaan pelan dan aktiviti transformasi syarikat.

“Kementerian Kewangan juga telah bersetuju meluluskan beberapa lagi nilai tambah kepada kemudahan dan faedah sedia ada yang telah dinikmati oleh semua ahli kesatuan dan kakitangan berjawatan bukan eksekutif,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemeriksaan Pemilikan Kenderaan Persendirian: Kerajaan Tamatkan Monopoli PUSPAKOM

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pemandu Mabuk, Bawah Pengaruh Dadah - Loke

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar