web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perlis Wajibkan Penceramah Agama Islam Dapat Tauliah Mengajar, Jika Tidak…

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2023 4:32PM

Tuanku Sirajuddin turut menzahirkan harapan agar segala dititahkan baginda diberikan perhatian dan ditaati seluruh rakyat di negeri itu. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Perlis mewajibkan penceramah agama Islam untuk mendapatkan tauliah mengajar dikeluarkan Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam selaras dengan Seksyen 18 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perlis (EPAI) 2006.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah, kegagalan mematuhi perkara itu tertakluk kepada Seksyen 110 EPAI berkaitan kesalahan mengajar agama Islam atau perkara mengenai agama Islam tanpa tauliah dan Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991.

“Dalam hubungan ini, dipohon pihak berkuasa agama Islam negeri untuk memantau dan memastikan agar setiap penceramah di Perlis perlulah mendapatkan tauliah daripada Jabatan Mufti Negeri Perlis.

“Sekiranya berlaku sebarang pelanggaran berhubung perkara ini, siasatan dan tindakan undang-undang perlu diambil terhadap penganjur serta penceramah bagi mengelakkan perkara tersebut berulang,” titah baginda dalam kenyataan, hari ini.

Tuanku Sirajuddin turut menzahirkan harapan agar segala dititahkan baginda diberikan perhatian dan ditaati seluruh rakyat di negeri itu.

“Beta tegaskan perkara ini juga perlu dilaksanakan semua pihak sama ada agensi kerajaan negeri atau Persekutuan, badan swasta dan orang perseorangan,” titah baginda.

Baginda bertitah, Perkara 6 (1) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perlis 1948, memberikan kuasa bagi penubuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang diamanahkan untuk membantu dan menasihati Raja Pemerintah dalam memberikan timbang tiliknya terhadap perkara berkaitan agama Islam dan adat istiadat Melayu Perlis yang mesti dihormati dan dipertahankan sewajarnya.

Susulan itu, baginda mengingatkan semua pihak agar sentiasa mematuhi dengan taat dan ikhlas segala dasar serta peraturan dikeluarkan MAIPs, Jabatan Mufti Negeri Perlis (IMNPs), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (RSNPs).

Terdahulu, kerajaan Selangor turut melarang individu yang tiada tauliah mengajar agama Islam di negeri itu.

Menurut Seksyen 118, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2016 yang menetapkan, hanya Jawatankuasa Tauliah yang mempunyai bidang kuasa memberikan tauliah bagi maksud pengajaran agama Islam atau apa-apa perkara mengenai agama Islam di Selangor.

Sementara itu, Perak turut menetapkan wakil rakyat dan Ahli Dewan Negara, individu yang memegang jawatan dalam parti politik, dilarang mengambil bahagian dalam aktiviti mengajar atau bersyadah di masjid serta surau berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, calon bertanding dalam mana-mana pilihan raya, selain individu sudah bersara sebagai Ahli Dewan Negara serta wakil rakyat namun masih aktif dalam kegiatan politik juga, termasuk dalam kategori mereka yang dilarang berbuat demikian.

Katanya, ia selaras dengan ketetapan diputuskan Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Perak menerusi pekeliling berhubung garis panduan bertarikh 6 Mac 2023 yang diedarkan kepada semua Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid seluruh Perak.

Malah, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu MAIDAM juga melarang semua pemimpin serta aktivis politik di negeri itu menggunakan masjid serta surau bagi menyampaikan ceramah atau mengadakan sebarang aktiviti berunsur politik kepartian.

Yang Dipertua MAIDAM, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, pemimpin dan aktivis politik perlu memohon tauliah bagi membolehkan mereka menyampaikan ceramah serta kuliah agama di masjid dan surau secara sah di negeri itu.

Katanya, setiap pemohon tauliah perlu melalui proses temuduga yang diketuai mufti negeri.

“Antara kelayakan adalah perlu ada latar belakang agama. Kita tiada halangan jika ada mahu memohon tapi mengikut pengetahuan saya setakat ini, belum ada permohonan (dari ahli politik),” katanya. – Getaran, 21 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ustaz Don Dilarang Ceramah Di Masjid, Surau Seluruh Selangor

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Ustaz Don Hanya Tahu Direhatkan Terus Dari Salam Baitullah Menerusi X, JAKIM Kata Isu Kecil 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

'Pick Up Line' Dalam Ceramah Motivasi, Matlamat Tak Halalkan Cara!

4

Semasa 2 tahun yang lalu

MAIS Selar Kenyataan Ahmad Dusuki

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan