web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Pick Up Line' Dalam Ceramah Motivasi, Matlamat Tak Halalkan Cara!

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2023 8:47AM

Ceramah motivasi yang diadakan di sekolah seharusnya mengandungi pengisian positif demi memastikan pelajar menerima dengan baik nilai murni diterapkan - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penceramah motivasi tidak seharusnya menjadikan kandungan ‘mengarut’ sebagai pengisian dalam ceramah, khususnya jika ia diadakan di sekolah.

Pempengaruh media sosial, Aliff Ahmad berkata, sekolah adalah  tempat pembelajaran dan belajar, justeru ceramah yang mahu disampaikan perlu seiring dengan misi premis berkenaan ditubuhkan.

Meluahkan rasa kesal di X, beliau berkata, rakaman ditunjukkan rakannya berhubung satu ceramah motivasi di sebuah sekolah baru-baru ini amat mengganggu fikiran.

“Sorry, aku mungkin kolot. Aku budak 80s yang lahir era transisi analog kepada digital. Zaman rotan dan motivasi psikologi.

‎”Cuma, aku rasa macam ada yang tak kena dengan video ini setelah sahabat aku menunjukkan video ini kepada aku. Bermain dalam kepala aku,” katanya menerusi ciapan.

Jelas Aliff, beliau hairan dengan pengisian dan objektif sebenar penceramah terlibat, yang mengarahkan pelajar memberi ‘ayat memikat’ atau lebih dikenali sebagai pick up line dalam kalangan generasi muda kepada guru.

‎“Adakah ini budaya baharu? Style baharu dalam industri penceramahan dan motivasi pendidikan anak-anak di sekolah hari ini?

‎”Tapi, aku tak peduli. Aku nak lontarkan pandangan aku. Aku tak setuju dengan ajaran atau budaya atau style baharu ini. Aku tak setuju dan aku nak kritik,” tegasnya.

Beliau menarik perhatian, dua sahabatnya yang bergiat aktif dalam bidang edukasi dan motivasi kanak-kanak serta remaja juga tidak bersetuju dengan cara penceramah terbabit.

“Aku faham pick up line ini sekadar gurauan. Tetapi apa matlamat anak-anak ini disuruh buat pick up line dekat seorang guru? Budaya apa yang cuba dibawa?

‎”Melihat aksi remaja itu merenyam, menggelitat, dan menggedik sebegitu, aku merasakan sesuatu yang tidak kena. Dah kenapa budak ni? Memang budak-budak zaman la ni bila buat pick up line akan ada anjakan paradigma sebegitu ke,” katanya, kesal.

‎Biar apa pun niat penceramah itu katanya, matlamat tidak menghalalkan cara. 

“Matlamat harus jelas baru cara pun jelas. Sekolah adalah tempat mendidik dan didik. Sudah pasti matlamat asas orang ke sekolah adalah untuk jadi bijak, jadi baik, jadi matang, jadi rasional, jadi manusia yang boleh memberi manfaat kepada dunia dan kemanusiaan.

‎”Aku tak nampak apa-apa matlamat yang jelas dengan membuatkan remaja itu menggelitat akan menjadikan dia pemenang Nobel Prize di masa hadapan,” katanya, sinis.

Bidas Aliff, mungkin ada kajian terbaru berimpak tinggi yang telah terbukti secara saintifik dan statistik, bahawa melakukan pick up line kepada guru akan melahirkan generasi masa depan berakhlak mulia. 

“‎Aku jadi keliru. Zaman aku bersekolah dahulu, aku pun ada cikgu yang baik dan cantik. Rasa sayang dan hormat terhadap mereka pun jauh menebal. Tidak pula aku berani nak bersikap miang hatta hanya sekadar gurauan.

‎”Aku kira kita kena ada budaya kita sendiri. Budaya Timur yang telah menjadi budaya rasmi kita. Biarlah dunia Barat terbalik, murid dan guru tiada beza. Kita wajar kekalkan budaya Timur kita. Kenapa kita nak ubah budaya yang memang sudah baik,” katanya. - Getaran, 15 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

‘Anak Saya Ditikam Lebih 200 Kali’ - Ibu Mangsa

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Lagi Kes Buli: Pelajar Tingkatan 3 Cedera Dibuli 6 Rakan Sekolah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ustaz Don Dilarang Ceramah Di Masjid, Surau Seluruh Selangor

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 21 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar