web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cuti Disebabkan Sakit Gigi Antara Tertinggi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2023 11:22AM

Penjagaan dan rawatan kesihatan gigi amat penting dititikberatkan kerana kegagalannya boleh memberi kesan buruk kepada individu, sehingga menjejaskan kehidupan seharian - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Antara punca tertinggi menyebabkan ketidakhadiran individu ke tempat kerja dan sekolah adalah sakit gigi.

Presiden Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA), Dr Lim Chiew Wooi berkata, situasi itu menunjukkan sakit gigi boleh menjejaskan ekonomi secara tidak langsung.

Justeru, katanya, penjagaan dan rawatan kesihatan gigi amat penting dititikberatkan kerana kegagalannya boleh memberi kesan buruk kepada individu, sehingga menjejaskan kehidupan seharian.

“Kesihatan mulut yang buruk boleh menjejaskan kesejahteraan sosial dan psikologi secara keseluruhan.

“Memandangkan kesihatan mulut yang baik menyumbang secara positif kepada kesihatan umum, selain kesejahteraan dan kualiti hidup, kita mesti menjaga mulut dengan baik,” katanya seperti dilaporkan BH.

Mengulas mengenai jenis makanan yang boleh menjejaskan kesihatan gigi, Chiew Wooi berkata, semua hidangan manis tidak baik untuk gigi.

Ujarnya, dalam beberapa tahun kebelakangan, berlaku trend penggunaan gula halus berlebihan dalam makanan dan minuman rakyat di negara ini.

Beliau memaklumkan, berdasarkan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pengambilan gula untuk golongan dewasa adalah tidak lebih daripada 10 sudu teh sehari.

“WHO kemudian menyarankan pengambilan gula tidak melebihi lima sudu teh sehari dan ia adalah lebih baik,” katanya.

Pada masa sama, Chiew Wooi berkata, kajian menunjukkan penggunaan gula ringkas menyumbang kepada kadar karies, penyakit gusi, obesiti dan diabetes tinggi di Malaysia.

“Mungkin itulah sebabnya cukai gula dikenakan pada 2019. Namun, kami berharap lebih banyak usaha dapat dilakukan untuk mengurangkan beban kesihatan yang disebabkan pengambilan gula berlebihan,” katanya. – Getaran, 21 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

2.3 Juta Kenderaan Dijangka Guna Lebuh Raya Utama Sepanjang Cuti Deepavali - LLM

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRN: KPT Akan Kenal Pasti Kaedah Mudahkan Warga IPT Pulang Mengundi

3

Politik 3 tahun yang lalu

‘Jadi Wakil Rakyat, Cuti Ke Raya Kerja Tetap Macam Biasa’ – Dr Akmal

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Majikan Digesa Beri Cuti Tambahan Kepada Pekerja - KSM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan