web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Jadi Wakil Rakyat, Cuti Ke Raya Kerja Tetap Macam Biasa’ – Dr Akmal

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2023 6:50PM

Dr Mohamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, wakil rakyat yang tidak melaksanakan peranan mereka sebaiknya, tidak sepatutnya terus diberi mandat pada masa depan - Gambar Facebook Akmal Saleh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Dr Mohamad Akmal Saleh mengingatkan wakil rakyat supaya tidak bersikap malas dan melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin diamanahkan itu sebaik mungkin.

Beliau berkata, wakil rakyat juga perlu turun padang dalam apa jua keadaan masalah rakyat.

Malah, katanya, wakil rakyat perlu berkhidmat tanpa mengira masa, bukan sekadar ‘tunjuk muka’ ketika pilihan raya.

“Jadi wakil rakyat jangan malas, jangan hanya muncul ketika pilihan raya je.

“Belakang rumah orang, dalam rumah orang, tepi sungai, tepi longkang itulah pejabat sebenar wakil rakyat.

“Cuti ke raya ke, kerja tetap jalan macam biasa,” katanya menerusi hantaran di Facebook yang turut memaparkan foto beliau melakukan tinjauan dan pertemuan dengan penduduk di sebuah perumahan berhubung masalah mereka.

Dr Mohamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, wakil rakyat yang tidak melaksanakan peranan mereka sebaiknya, tidak sepatutnya terus diberi mandat pada masa depan.

“Kalau ada wakil rakyat yang malas, pastikan pilihan raya akan datang kita bagi dia berehat selamanya, tidak kira apa pun parti dia,” katanya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kata-kata Dr Mohamad Akmal dan memuji usahanya yang dikenali sebagai pemimpin cukup rajin serta cekap membantu rakyat.

“Ini baru betul wakil rakyat. Terima kasih Dr kerana betulkan keadaan,” kata Mohd Izzaddin Abu Nawawi.

“Mantap YB Akmal Saleh, ini baru betul yang berkhidmat, bekerja untuk rakyat, tak kira yang menyokong atau tidak tetap kena berkhidmat kepada mereka,” tulis Muhamad Muaz Mohmad Sahbudin.

“Tidurkan mereka yang tidak mahu bekerja untuk rakyat,” ujar seorang pengguna.

“Inilah YB contoh terbaik dalam kalangan YB lain. ADUN tempat saya masa pemilihan saja kelam kabut calling (hubungi) kami. Jalan berlubang dah dua minggu pun tak ambil tindakan. Teruskan perjuangan YB Akmal Saleh yang ikhlas untuk rakyat. Salute you (tabik hormat kepada anda)!,” komen Sham Din.

“Untung orang Merlimau,” puji Shairazi Romainor

“Betul tu Dr yang ada ni pun tak nampak bayang, salah pilih ni lah rupanya,” respon Salehin Md Yamin. – Getaran, 4 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bom Mortar Dijumpai Dalam Rumah Sewa

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kertas Siasatan Ketua Pemuda UMNO Dirujuk Pejabat Peguam Negara Minggu Depan - KPN

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Memang Boleh Buat P-Hailing, Tapi Sampai Bila?

4

Semasa 2 tahun yang lalu

2.3 Juta Kenderaan Dijangka Guna Lebuh Raya Utama Sepanjang Cuti Deepavali - LLM

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Singapura 21 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad