web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tragedi Berdarah Pengganas Sulu Di Lahad Datu Sukar Dilupakan Anak-Anak Wira Terkorban

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2023 7:00AM

Waris kepada Allahyarham ASP Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabarudin Daud yang telah terkorban ketika peristiwa berdarah Lahad Datu 2013 melakukan persembahan Pantomim Op Daulat pada Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-216 Tahun 2023 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sepuluh tahun berlalu, namun perasaan geram dan sedih masih tidak dapat dipadamkan apabila mengenangkan insan tersayang terkorban dalam tragedi berdarah di Lahad Datu, Sabah.

Haziq Wahiduzzaman Sabaruddin, 29, anak kepada Allahyarham Sarjan Sabaruddin Daud berkata kekejaman yang dilakukan oleh pengganas Sulu sehingga meragut nyawa bapanya yang ketika itu ditugaskan dalam Op Daulat di Lahad Datu, sangat sukar untuk dipadamkan.

“Apabila saya diminta berdiri di hadapan anggota polis yang terbaring melakonkan kembali insiden itu, saya tidak pandang mata anggota itu dan terbayang arwah ayah dalam kepala.

“Saya tidak mahu menangis tapi lebih kepada rasa rindu dan geram atas kekejaman yang dilakukan oleh pengganas Sulu,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai pantomim peristiwa tragis itu yang dilakonkan semula sempena Hari Polis semalam.

Beliau berkata demikian semasa hadir ke Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-216 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini.

Menyifatkan arwah ayahnya seorang yang tegas, Haziq Wahiduzzaman yang bekerja sebagai pencipta kandungan media sosial berkata ayahnya juga seorang yang amat mementingkan pelajaran dan beliau sentiasa ingat pesanan terakhir arwah agar beliau dan adik-beradiknya belajar bersungguh-sungguh.

“Alhamdulillah, apa yang arwah ayah hendak (belajar hingga ke menara gading) telah tercapai, semalam adik bongsu saya telah melapor diri dan kini sedang menyambung ijazah sarjana di sebuah universiti.

“Sepanjang saya membesar dengan ayah, dia seorang yang tegas dan kadang-kala kelakar, itu memang standard semua polis (perangai garang) sebab cara dia didik saya dan adik-beradik yang lain adalah berbeza,” katanya.

Anak sulung Allahyarham ASP Zulkifli Mamat iaitu Mohd Norakmar Amiruddin Zulkifli, 15, pula berkata pada mulanya beliau bercita-cita untuk menjadi seorang doktor, namun kejadian tragis yang menimpa ayahnya ketika beliau berusia lima tahun membuatnya berubah fikiran untuk menjadi seorang anggota polis.

“Saya hendak mengikut jejak langkah ayah sebab saya hendak menyelamatkan orang baik seperti ayah saya ... lawan orang jahat.

“Perasaan saya apabila melihat pantomim Lahad Datu dilakonkan, saya teringatkan arwah ayah, sebak dan rindukan arwah,” katanya.

Mohd Norakmar berkata sebelum Zulkifli ditugaskan menyertai Op Daulat, ayahnya memintanya menjaga ibu Noor Aziah Noor, serta adik-adiknya Noor Muhammad Aqil Zulkifli, 11, dan Noor Aqib Syahid Zulkifli, 10, yang ketika itu masih dalam kandungan ibunya.

Sementara itu, Noor Aziah, 38, berkata walaupun tragedi itu 10 tahun berlalu, beliau masih berasa sebak.

“Apabila menyaksikan pantomim dipersembahkan saya rasa  bangga kerana pengorbanan arwah suami saya dihargai dan tidak dilupakan.

“Insya-Allah ada rezeki saya bagi kebenaran dan sokong anak saya untuk meneruskan legasi bapanya,” kata guru sekolah itu.

Pantomim peringatan 10 tahun insiden pencerobohan Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah itu hasil koreografi Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali.

Ia dijayakan oleh 86 pegawai dan anggota 69 Komando (VAT 69), Pasukan Gerakan Udara, Pasukan Gerakan Am dan Muzium PDRM.

Pada Februari 2013, Malaysia dikejutkan dengan pencerobohan pengganas bersenjata Sulu yang memasuki perairan negara secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu, yang membawa kepada pertempuran pada 1 Mac di Kampung Tanduo mengakibatkan 10 perwira negara terbunuh dan 68 pengganas Sulu maut.

Konflik itu diisytiharkan tamat pada 10 April 2013. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rumah Terbakar, Budak 8 Tahun Rentung

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Macam Ni Punya Besar, Apa Dia Makan Agaknya Ek?

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kepala Air Lahad Datu: Aktiviti River Hiking Tak Dapat Kelulusan, Kebenaran

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad