web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengeluaran Bekalan Telur Ayam Dalam Negara Beransur Stabil - Mohamad

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2023 12:49PM

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menjangkakan pengeluaran bekalan telur ayam dalam negara kembali pulih menjelang hujung tahun ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menjangkakan pengeluaran bekalan telur ayam dalam negara kembali pulih menjelang hujung tahun ini.

Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata ini didorong oleh usaha kerajaan melalui kementerian yang terlibat untuk memudahkan kemasukan pekerja di sektor pertanian dan lain-lain sejak Januari.

“Insya-Allah pada tahun ini pengeluaran telur ayam mencukupi dan mampu sampai ke tahap eksport pada hujung tahun,” katanya di majlis bersama diaspora Malaysia di Indonesia, di sini semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata risiko termasuk perubahan iklim dan penyakit akan terus diberi perhatian kerana boleh memberi kesan kepada pengeluaran.

Pada 16 Disember lepas, kementerian bersetuju memberikan kebenaran sementara kemasukan telur ayam daripada sumber luar dan kebenaran itu akan dikaji semula apabila bekalan telur dalam negara kembali stabil.

“Setelah kemasukan telur ayam import, bekalan sekarang mulai stabil dan di peringkat ini kita boleh hentikan import itu bila-bila masa sebab kita mahu utamakan pengelur telur tempatan,” kata Mohamad.

Beliau dan pegawai tinggi kementerian berada di sini sempena lawatan kerja tiga hari sehingga Isnin untuk melihat pendekatan baharu yang diguna pakai Indonesia dalam meningkatkan hasil pertanian padi.

Mohamad berkata mereka berpeluang meninjau kejayaan pesawah yang penghasilannya mencukupi untuk seluruh rakyat Indonesia berjumlah 276 juta.

“Ini akan memberi semangat kepada petani kita untuk berjaya sekiranya mereka berkerja seperti petani di sini meskipun subsidi yang diberikan lebih rendah berbanding di Malaysia,” katanya.

Menurutnya kementerian mahu mempercepatkan tahap Tahap Sara Diri (SSL) beras negara daripada 65 peratus sekarang kepada 75 peratus menjelang 2025 dan seterusnya 80 peratus pada 2030.

“Ia akan tercapai jika hasil ditingkatkan kepada purata tujuh tan metrik per hektar daripada lima tan metrik per hektar,” katanya sambil menambah ada beberapa tempat telah mencapai 10 tan metrik per hektar. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

ASEAN Main Peranan Besar Sebagai Jambatan Penyatuan Serantau - PM

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Agong Tiba Di Arab Saudi Untuk Lawatan Negara 4 Hari

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

4

Semasa 10 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad