web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keberanian Ain Husniza Beri Impak Besar - Dr Zul

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2021 9:14PM

Tangkap layar daripada video TikTok Ain Husniza yang mendedahkan seorang gurunya menjadikan rogol sebagai bahan jenaka.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, memberi sokongan penuh kepada Ain Husniza Saiful Nizam, 17 berhubung kes gurauan lucah yang berlaku ke atas pelajar tingkatan lima itu.

Zulkifli dalam satu ciapan di akaun Twitternya berkata, keberanian ditampilkan oleh remaja terbabit memberi impak besar kepada masyarakat.

“Apa yang saya lihat, ibu bapanya memberikan sokongan penuh kepada anak mereka untuk bersuara mengikut saluran yang betul.

“Anak-anak sewajarnya merasa selamat ketika bersama ibu bapa di rumah. Wanita juga sewajarnya melihat suami sebagai pelindung dan rumah sebagai tempat yang terbaik untuk dirinya,” katanya dalam ciapan itu.

Beliau terdahulu dalam melancarkan program Masjid Sebagai Pusat Transit Mangsa Keganasan Rumah Tangga di sini, semalam.

Ain Husniza baru-baru ini membuat laporan polis terhadap gurunya kerana didakwa menjadikan rogol sebagai satu jenaka.

Remaja terbabit sebelum itu memberikan kenyataan di aplikasi TikTok dan membuat ciapan di Twitter, mendedahkan insiden berkenaan yang berlaku di sekolahnya.

Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri - Gambar Bernama
Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri - Gambar Bernama

Susulan pendedahan, remaja terbabit menjadi perhatian ramai, malah turut menerima ugutan rogol daripada rakan sekelas kerana didakwa mencemarkan nama baik sekolah.

Dalam perkembangan berasingan, Zulkifli berkata, pihaknya dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat telah melancarkan program Masjid Sebagai Pusat Transit Mangsa Keganasan Rumah Tangga.

Beliau menarik perhatian, projek berkenaan adalah antara inisiatif di bawah Pelan Pengimarahan Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan 2020-2024 melalui teras Sosial, Komuniti dan Alam Sekitar dengan penjenamaan Masjid Prihatin.

“Untuk permulaan, sebanyak 14 buah masjid di dalam Kuala Lumpur telah dipilih sebagai Pusat Transit dan Pusat Aduan bagi kes keganasan rumah tangga. Pusat Transit ini terbuka kepada semua bangsa dan agama yang menjadi mangsa insiden seumpama itu.

“Di pusat itu semua penghuni akan dibekalkan dengan set persalinan, makan minum, tempat tidur dan khidmat bimbingan serta kaunseling bagi mereka yang memerlukan. Saya mahu mereka merasa selamat berada di masjid,” ujarnya.

Projek terbabit katanya, bertujuan menyerlahkan lagi fungsi masjid sebagai pusat komuniti setempat yang menyediakan pelbagai kemudahan kepada segenap lapisan masyarakat meliputi keperluan psikososial dan spritual. - Getaran, 5 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

 10 Lagi Ahli Parlimen BERSATU Dijangka Sokong Anwar

2

Politik 2 tahun yang lalu

Ahli Parlimen Tanjong Karang Nyata Sokongan Terhadap PM, Kerajaan Perpaduan

3

Politik 2 tahun yang lalu

Dakwaan Ahli Parlimen Kerajaan Akan Sokong PN Hanya Spekulasi - Fahmi

4

Politik 2 tahun yang lalu

Bukit Gantang Sokong PMX, Ajak 2 Mantan PM Bina Masyarakat Madani

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 32 minit yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad