web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Larangan Dipertikai, Adakah Melawat Akan Kurangkan Iman Kita? - Syed Saddiq

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2023 5:00PM

Syed Saddiq berkata program dan usaha untuk menyemarakkan lagi keharmonian dan kesefahaman antara rakyat seharusnya disambut baik semua pihak. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak bersetuju dengan larangan kerajaan Selangor terhadap program membabitkan umat Islam di rumah ibadat agama lain.

Menurut beliau, program dan usaha untuk menyemarakkan lagi keharmonian dan kesefahaman antara rakyat seharusnya disambut baik semua pihak.

“Jika kita masih ingat, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sendiri pernah melawat gereja sebagai simbol hormat dan toleransi.

“Selama ini pun saya banyak melawat kuil, gereja, tokong dan banyak membawa rakan-rakan bukan Islam untuk datang ke masjid.

“Sultan Johor turut melawat ke kuil semasa Thaipusam sebagai tanda hormat dan toleransi di Malaysia,” katanya menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram milik beliau.

Syed Saddiq berkata demikian mengulas kenyataan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni semalam bahawa sebarang program membabitkan umat Islam di rumah ibadat agama lain adalah dilarang sama sekali di Selangor.

Jelas Mohd Zawawi, walaupun beliau menyambut baik program berbentuk kefahaman dan nilai toleransi antara agama yang dijalankan badan bukan kerajaan (NGO), namun ia mesti mengikut garis panduan ditetapkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terutamanya melibatkan aspek perundangan.

Katanya lagi, peraturan sudah menetapkan sebarang program membabitkan umat Islam di rumah ibadat agama lain, selain daripada agama Islam adalah dilarang sama sekali.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, beliau turut menyeru semua ahli MUDA yang berjumlah lebih 100,000 untuk melawat mana-mana rumah ibadat.

“Berlapang dadalah sedikit, bagaimana anak-anak kita ingin hidup dalam masyarakat yang harmoni, jikalau mereka tidak memahami agama dan budaya kawan-kawannya yang lain.

“Adakah dengan melawat tempat agama lain, melihat seni binanya, memahami sejarahnya, akan mengurangkan iman kita? Saya yakin tidak.

“Malaysia teguh kerana perpaduan kita. Dengan perpaduan, makmurlah kita,” katanya.

Terdahulu, Ketua Penerangan MUDA, Luqman Long berkata, program antara agama dan aktiviti melawat rumah ibadat agama lain tidak seharusnya disekat, sebaliknya diraikan.

Jelasnya, keputusan tersebut tidak membantu masyarakat berbilang agama dan kaum untuk hidup harmoni.

“MUDA sendiri banyak kali mengadakan program untuk semua ahli termasuk sambutan Pongal, Hari Raya Aidilfitri, Maulidur Rasul, Hari Natal, membuka Thaneer Panthal untuk sambutan Thaipusam, Tahun Baharu Cina.

“Ia disertai semua ahli MUDA, tak kiralah Muslim atau bukan Muslim. Ada juga ahli MUDA bukan Muslim yang datang membersihkan surau dan masjid di kawasan banjir.

“Jadi apabila ada larangan untuk orang berlainan kepercayaan untuk melawat rumah ibadat yang lain, saya sangat risau kerana sudah sekian lama, tidak pernah ada masalah pun apabila rakyat meraikan kerencaman kaum lain,” katanya.

Sebelum ini, menurut Luqman, agensi dibawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Impact Malaysia menerima kecaman daripada beberapa pihak termasuk pembangkang berkaitan program yang dinamakan ‘Projek Artikel 11’.

Bagaimanapun Impact Malaysia menyangkal dakwaan bahawa pihaknya menganjurkan program ‘Kristian evangelis’ menerusi program tersebut.

Projek Artikel 11 adalah program melibatkan golongan belia yang dibawa mengunjungi rumah ibadat pelbagai agama sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kesedaran masyarakat majmuk di negara ini. - 17 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana Armada: Syed Saddiq Dipenjara 7 Tahun, Denda RM10 Juta, 2 Sebatan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Syed Saddiq Didapati Bersalah Tuduhan Bersubahat Pecah Amanah, Salah Guna Harta, Ubah Wang Haram

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bebas Atau Bersalah, Nasib Syed Saddiq Diketahui Esok

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad