web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pasukan Keselamatan Waspada Kemungkinan Berlaku Pergolakan - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2023 3:10PM

Anwar berkata, kerajaannya tidak akan membenarkan sebarang kenyataan yang boleh mengancam keharmonian negara. - Gambar fail oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pasukan keselamatan berwaspada terhadap kemungkinan berlaku pergolakan berpunca daripada pihak tidak bertanggungjawab yang memainkan sentimen perkauman dan agama.

Anwar berkata, kerajaannya tidak akan membenarkan sebarang kenyataan yang boleh mengancam keharmonian, sambil menekankan bahawa Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum mesti kekal aman.

“Sebarang percubaan oleh sesiapa untuk melaga-lagakan satu kaum dengan yang lain, atau menghangatkan suhu perkauman dan agama di negara ini tidak akan dibenarkan.

“Saya telah mengarahkan seluruh pasukan keselamatan untuk waspada kerana mereka yang terdesak atau rasa tercabar akan menggunakan sentimen ini, dan rakyat miskin akan diupah untuk menimbulkan apa-apa kekacauan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.

Walaupun beliau tidak menyebut secara spesifik sebarang insiden, komen tersebut dibuat susulan kontroversi filem indie Mentega Terbang, tuduhan terhadap Menteri Belia dan Sukan menyebarkan agama Kristian kepada belia Islam, dan larangan terhadap ahli politik daripada menyampaikan ceramah agama di masjid di beberapa negeri.

Ia juga susulan pertuduhan rasuah yang dihadapi pemimpin pembangkang, termasuk mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan penglibatannya dalam inisiatif Jana Wibawa.

Muhyiddin didakwa atas enam pertuduhan, membabitkan empat kerana menggunakan kedudukan mendapatkan rasuah dan dua kesalahan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen di sini, Jumaat lalu.

Beliau kemudiannya didakwa atas satu lagi pertuduhan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Isnin lalu.

Seorang lagi ahli politik berprofil tinggi yang didakwa baru-baru ini ialah mantan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan, yang dikenakan dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah bernilai RM6.9 juta.

Dalam sidang medianya, Anwar berkata, kerajaan perpaduan akan sentiasa menjunjung prinsip Perlembagaan Persekutuan, yang menetapkan Islam sebagai agama rasmi tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan harmoni.

Sehubungan itu, beliau berkata, sebarang isu berbangkit berkaitan perkara tersebut harus diselesaikan secara baik bagi mengelak sebarang konflik, salah faham atau prasangka.

“Jika terdapat sebarang pelanggaran terhadap mana-mana peraturan, atau (jika sesuatu isu) menyentuh sensitiviti kaum, maka ia mesti diselesaikan melalui rundingan,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, ketika ditanya mengenai banjir di Johor, Anwar berkata, biarpun masih terkawal ketika ini, terdapat usaha orang kehilangan kuasa meniup sentimen kaum dan agama.

“Sekiranya tindakan itu melampaui batas sehingga mengganggu gugat ketenteraman awam, pihak keselamatan akan bertindak tegas,” katanya. - The Vibes, 17 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad