web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cadangan Pindaan RUU 355 Akan Dibentang Di Parlimen - Mohd Na’im

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2023 2:28PM

Mohd Na’im berkata, cadangan pindaan RUU itu akan dibentangkan di Parlimen pada masa yang ditetapkan, bertujuan untuk memperkasa Mahkamah Syariah. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan perpaduan akan meneruskan agenda pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355 yang dibuat pentadbiran sebelum ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, cadangan pindaan RUU itu akan dibentangkan di Parlimen pada masa yang ditetapkan, bertujuan untuk memperkasa Mahkamah Syariah.

Menurut beliau, ia akan dibentangkan serentak dengan suatu cadangan akta baharu iaitu RUU Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan).

Mohd Na’im bagaimanapun tidak menyatakan tarikh sebenar RUU itu akan dibentangkan.

“Kedua-dua RUU tersebut akan dibentangkan di Parlimen serentak setelah mendapat persetujuan daripada Jemaah Menteri, bagi memastikan hasrat untuk pemerkasaan Mahkamah Syariah dapat direalisasikan,” katanya.

Beliau mengulas soalan Ahli Parlimen Baling, Hassan Saad yang bertanya mengenai pelan masa kerajaan bagi pembentangan pindaan terhadap RUU 355.

Minggu lalu, semasa ucapan penggulungan Belanjawan 2023 peringkat dasar di Dewan Rakyat, Mohd Na’im berkata, pihaknya sedang menyediakan kertas Jemaah Menteri bagi mendapatkan kelulusan kerajaan supaya RUU 355 itu dibentangkan di Parlimen.

Katanya, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 juga tidak dipinda selama lebih 30 tahun.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary mengenai status RUU berkenaan di bawah pentadbiran kerajaan baharu.

Mohd Na’im menegaskan akta tersebut sepatutnya sudah dibentangkan untuk pindaan pada persidangan hujung Oktober lalu, namun terbantut susulan pembubaran Parlimen.

Pada 19 Oktober lalu, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, RUU 355 itu tidak sempat dibentangkan kerana pembubaran Parlimen disebabkan Pilihan Raya Umum-15 (PRU-15).

PAS merupakan parti yang memperjuangkan RUU 355 bagi meningkatkan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah.

Pada 26 Mei 2016, Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan RUU Persendirian bagi meningkatkan bidang kuasa mahkamah syariah.

Walaupun usul ini dibentangkan, sesi perbahasannya ditangguh dan hingga kini ia tidak lagi dibincangkan.

Ketika cadangan pindaan ini dibentangkan, ia menerima pelbagai reaksi, sama ada positif atau negatif daripada pelbagai pihak.

Terdapat juga pihak menyifatkan pindaan ini adalah bagi melaksanakan undang-undang hudud di negara ini. - Getaran, 17 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Blockout 2024: Jangan Terlalu Ekstrem - Menteri

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

3

Semasa 2 tahun yang lalu

RUU Mahkamah Syariah Dijangka Dibentang Tahun Ini - Menteri

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Jangan Kongsi Gambar Dan Video, Jaga Perasaan Keluarga Mangsa Nahas - Menteri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 15 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar