web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


RUU Mahkamah Syariah Dijangka Dibentang Tahun Ini - Menteri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2024 8:15PM

Dr Mohd Na’im Mokhtar - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sesi libat urus bagi meminda Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) kini di peringkat akhir dan laporannya akan dibawa ke Kabinet sebelum dijangka dibentangkan di Parlimen tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, berkata sesi libat urus tersebut yang dikendalikan oleh Bahagian Undang-Undang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun berada di peringkat akhir.

"Setakat ini libat urus yang dilakukan telah berjalan dan semua negeri termasuk Majlis Agama Islam Negeri, Mahkamah Syariah Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri telah dijemput menghadiri sesi libat urus tersebut.

"Saya difahamkan oleh Ketua Pengarah JAKIM Datuk Hakimah Mohd Yusoff bahawa libat urus itu di peringkat akhir, jadi laporan belum lagi disediakan dan mereka akan sediakan laporan libat urus itu kepada saya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Karnival Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2024 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, pagi tadi.

Media sebelum ini melaporkan kertas cadangan rang undang-undang itu sudah berada di peringkat Jabatan Peguam Negara, namun tidak sempat dibentangkan berikutan Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober 2022. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan