web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bomba Selamatkan Pencari Madu Lebah Terjatuh Ke Dalam Cerun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2023 11:07AM

Mangsa Azmi Ibrahim yang sedang mencari madu lebah terjatuh dari pokok tualang setinggi 28 meter sebelum terjunam ke dalam cerun sedalam 15 meter. - Gambar hiasan oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MARANG, 17 Mac (Bernama) -- Pasukan bomba mengambil masa hampir 30 minit untuk menyelamatkan seorang pencari madu lebah yang terjatuh dari sepohon pokok tualang sebelum terjunam ke dalam sebuah cerun di Bukit Jejulong dekat Kampung Jejulong, di sini malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai Roslan Yusuf berkata mangsa Azmi Ibrahim, 29, yang sedang mencari madu lebah terjatuh dari pokok tualang setinggi 28 meter sebelum terjunam ke dalam cerun sedalam 15 meter.

“Pihak bomba menerima panggilan pada 9.20 malam dan sebanyak tujuh anggota bergegas ke lokasi. Bomba berjaya sampai ke lokasi mangsa terjatuh kira-kira 11 malam kerana mengalami kesukaran untuk mencari mangsa berikutan keadaan gelap, berbukit serta bercerun. Mujurlah kami dibantu kira-kira 20 penduduk kampung yang turut sama mencari mangsa.

“Selepas hampir 30 minit mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan tali dan alat pengusung kerana mangsa yang patah kedua-dua kakinya tidak dapat bergerak. Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Roslan berkata sebelum kejadian, mangsa bersama rakan Mohd Zaki Husin, 46, masuk ke dalam hutan di Bukit Jejulong selepas waktu asar untuk mencari madu lebah sebelum dia tergelincir di atas pokok lalu terjatuh ke dalam cerun.

Katanya, Mohd Zaki cuba membantu untuk mengeluarkan mangsa, namun tidak berjaya dan dia keluar dari hutan itu untuk mendapatkan pertolongan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Khidmat Orang Asli Daripada Komuniti Setempat Dijangka Mula Esok

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Pasukan SAR Sedang Kumpul Anggota Tambahan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Rakaman Kamera Kesan Jaslinda Bergerak Menuju Kem Sukaneka

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: 8 Anggota Tambahan Sertai Operasi SAR Gunung Batu Putih - KP JBPM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar