Berita Terkini

41 minit yang lalu: Tidak sampai satu peratus amal pertanian organik di Malaysia - Mohamad Sabu 52 minit yang lalu: KKM bincang dengan JPA serap petugas kontrak ke jawatan tetap tanpa pencen - Dr Zaliha 1 jam yang lalu: Mahkamah Persekutuan akan putuskan permohonan semakan kes SRC Najib Esok 2 jam yang lalu: Malaysia-Singapura bincang hubungan, kerjasama dua hala di Hainan - Anwar 2 jam yang lalu: Tekanan, persekitaran tempat kerja antara faktor polis bunuh diri - Dewan Rakyat

IKUTI KAMI


Garis Panduan PUSPAL Akan Ditambah Baik Mengikut Kesesuaian - Fahmi

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2023 10:09PM

Konsert artis luar negara, seperti Afgan, dilihat berpotensi dalam meningkatkan ekonomi negara. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Garis panduan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) sedia ada masih terpakai namun ia akan dipinda atau ditambah baik mengikut kesesuaian bagi memudah cara semua pemain industri terlibat.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata ini kerana sektor berkenaan dilihat berpotensi dalam meningkatkan ekonomi negara menerusi pelbagai acara termasuk penganjuran konsert artis luar negara di Malaysia.

“Setiap kali dianjurkan konsert atau acara semestinya ia akan ada daya tarikan dalam kalangan warga Malaysia atau warga dari negara jiran, ini akan memberi satu perkali (multiplier) kepada ekonomi setempat, apabila mereka datang untuk ke konsert maka mereka perlukan pengangkutan, beli makanan ataupun membeli-belah.

“Kita teliti dan garis panduan yang sedia ada ini akan terpakai. Sekiranya ada apa-apa isu, kita ambil maklum dan apabila tiba masa nanti sekiranya perlu dipinda atau ditambah baik garis panduan (PUSPAL) kita akan buat pada waktu itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis PUSPAL Bersama Industri dan Townhall di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Seri Mohammad Mentek merangkap Pengerusi Jawatankuasa PUSPAL.

Mengenai majlis berkenaan, Fahmi berkata ia menerima maklum balas positif dan pihaknya dapat mendengar sendiri segala isu yang dihadapi oleh pemegang taruh dalam sektor seni dan budaya, khususnya pihak penganjur konsert atau acara.

“Garis panduan baharu ini diluluskan pada 16 November lalu sebelum kemasukan pentadbiran (kerajaan) baharu dan rata-rata mereka (pemain industri) bersikap positif cuma yang mereka mohon mungkin proses bagi meneliti kelulusan permohonan (PUSPAL) itu dipercepatkan,” katanya.

Justeru, beliau telah meminta supaya pihak PUSPAL memberikan jawapan segera kepada pemain industri mengenai segala persoalan dibangkitkan dalam sesi pertemuan berkenaan.

Antara dibangkitkan dalam sesi pertemuan itu adalah isu cukai, permit serta kos premis yang tinggi dikenakan kepada pihak penganjur konsert dan Fahmi berkata ia adalah di luar bidang kuasa PUSPAL namun beliau akan memaklumkan kepada kementerian berkaitan untuk meneliti dan mempertimbangkan perkara itu.

Berdasarkan garis panduan PUSPAL yang telah ditambah baik dan disiarkan pada laman sesawangnya, tarikh-tarikh yang tidak dibenarkan untuk penganjuran konsert artis luar negara berskala besar iaitu pada sambutan Hari Kebangsaan (30 dan 31 Ogos) serta Hari Malaysia (15 dan 16 September), berbanding sepanjang bulan Kemerdekaan dari 25 Ogos hingga 16 September, mengikut garis panduan lama.

Ia juga memperincikan tarikh-tarikh penting bagi larangan mengadakan konsert sebagai menghormati hari kebesaran agama Islam serta perayaan lain di Malaysia supaya penganjur boleh membuat perancangan awal. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 jam yang lalu

Rumah Anak Yatim Darul Aitam Dijadikan Perintis Program Literasi Digital

2

Semasa 8 jam yang lalu

KKD Beri Perhatian Bendung Penyebaran Ekstremis Militan

3

Semasa 21 jam yang lalu

KKD Berhasrat Tarik Lebih Ramai Terlibat Ekonomi Digital Melalui PEDi

4

Semasa 21 jam yang lalu

Sultan Kedah Berkenan Terima Menghadap Menteri Komunukasi Dan Digital

Sorotan

1

4 Beradik Maut Kebakaran Sembunyi Dalam Tandas Cuba Selamatkan Diri

2

Perkhidmatan Kesihatan Servis Kritikal, Babitkan Nyawa, Jangan Rosakkan Dengan Mogok 

3

Cakna Jenis Ikan Buntal Elak Kematian, Pastikan Penjual Berpengetahuan Sebelum Beli

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Selepas Selangor, Sarawak Pula Larang UAI Beri Ceramah

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Teliti Dakwaan Kempen PRU-15 PN Dibiayai Syarikat Perjudian

oleh Qistina Nadia Dzulqarnain

Semasa 1 jam yang lalu

Perbincangan Peringkat Tertinggi Harus Libatkan Persaingan Teknologi Sebagai Agenda Utama - PM

Semasa 17 jam yang lalu

Perkhidmatan Kesihatan Servis Kritikal, Babitkan Nyawa, Jangan Rosakkan Dengan Mogok 

oleh Farhana Farush