web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


SPR Disaran Buka Pendaftaran Undi Pos Luar Negara Serta-Merta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2023 1:11PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Global Bersih menyeru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membuka pendaftaran dalam talian bagi undi pos luar negara dengan serta-merta.  

Setiausaha Agungnya, Nirmala Devi Windgaetter berkata, ia bagi memastikan bilangan pengundi Malaysia di luar negara yang semakin meningkat, dapat melaksanakan hak untuk mengundi pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

“Ini penting untuk mengelakkan pemprosesan tertunggak dan kelewatan. Ketika ini, rakyat Malaysia di luar negara perlu mendaftar sebagai pemilih luar negara dalam tempoh masa yang singkat sebelum setiap pilihan raya.

“Justeru ia memberi tekanan kepada pengundi untuk memohon dalam masa yang terhad dan juga kakitangan SPR untuk memproses permohonan terbabit,” katanya dalam kenyataan.

Untuk rekod, enam PRN iaitu di Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pulau Pinang dijangka berlangsung pada tahun ini.

Malah enam negeri terbabit mencapai persetujuan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada tempoh dua minggu terakhir Jun ini bagi memberi laluan kepada PRN masing-masing.

Mengulas lanjut, Nirmala Devi berkata, berdasarkan proses semasa, SPR boleh mengendalikan hanya 10,000 permohonan undi pos tanpa menghadapi masalah tertunggak dan kelewatan yang teruk.

Menurutnya, pelaksanaan Undi18 dan Pendaftaran Pengundi Automatik (AVR)  menyebabkan peningkatan daripada 14.9 juta pemilih yang layak pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kepada lebih 21.1 juta dalam daftar pemilih semasa.

“Berkat daripada pembaharuan semasa dan faktor lain yang mempengaruhi peningkatan terbabit, tidak dinafikan jumlah rakyat Malaysia di luar negara yang berhak mengundi akan terus meningkat.  

“Terdapat 7,979 pemilih pos luar negara yang berdaftar untuk PRU-14 dan pada PRU-15. Jumlah itu melonjak kepada 48,109 pemilih luar negara berdaftar yang menunjukkan peningkatan drastik sebanyak 603 peratus,” katanya.

Beliau berkata, menurut Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), populasi diaspora Malaysia sudah mencecah 1,860,037 setakat tahun 2020.

Sehubungan itu, katanya, adalah logik bagi tempoh pendaftaran untuk pengundi luar negara di platform dalam talian SPR dibuka serta merta.  

“Bagi masa hadapan, tempoh pendaftaran perlu dibuka enam bulan hingga satu tahun sebelum tarikh pilihan raya yang diunjurkan,” katanya.

Pada masa sama, Nirmala Devi juga menggariskan beberapa perubahan yang perlu dilaksanakan secepat mungkin termasuk membuka pengesahan identiti pengundi bagi Borang 2 untuk bukan warganegara Malaysia.  

“Keperluan supaya Borang 2 ditandatangani dan disaksikan oleh hanya rakyat Malaysia telah terbukti menjadi penghalang bagi rakyat Malaysia di luar negara. Ini terbukti sekali lagi semasa PRU-15.  

“Global Bersih terpaksa menjalankan kempen Facebook untuk membolehkan rakyat Malaysia mencari saksi kerana timbul keadaan di mana ada yang tidak sempat mengundi kerana tiada rakyat Malaysia berdekatan,” katanya.

Justeru, beliau berkata, saksi Borang 2 hendaklah dibuka kepada sesiapa yang berumur lebih daripada 18 tahun dengan dokumen pengenalan yang sah.

Katanya, perubahan itu akan memudahkan lebih ramai rakyat Malaysia di luar negara untuk mengambil bahagian dalam proses pengundian. - Getaran, 16 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Politik 2 tahun yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

3

Politik 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Daftar Pemilih Tambahan Januari 2024 Dibuka Untuk Semakan - SPR

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad