web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kedah Harap Kerajaan Persekutuan Beri Pertimbangan Untuk Projek KXP

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2023 6:36PM

Muhammad Sanusi Md Nor - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah berharap kerajaan Persekutuan memberikan pertimbangan untuk membenarkan pelaksanaan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) di negeri itu.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata sehubungan itu, kerajaan negeri memohon agar Kementerian Pengangkutan (MOT) meluluskan pembangunan projek itu bagi membolehkan proses pengambilan balik tanah dilakukan untuk pembinaan kompleks terminal lapangan terbang berkenan.

“...oleh kerana kita kena ada landasan atau runaway yang menjadi enabler kepada industri kargo, kepada (pembangunan hub) MRO (Maintenance, Repair and Operations), sebab pesawat nak landing mesti ada terminal, (dan) runaway (berada dalam) bidang kuasa (Kementerian) Pengangkutan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Muhammad Sanusi berkata pihak Kementerian Pengangkutan boleh melihat semula fail lama berkaitan perancangan pembangunan KXP itu yang disediakan kerajaan negeri memandangkan projek itu telah pun dirancang sejak 2013.

“Menteri hanya perlu rujuk kepada pegawai-pegawai yang menguruskan perkara itu (projek KXP),” katanya yang turut memaklumkan beliau masih menunggu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan tarikh sesuai untuk pihak kerajaan negeri tampil memberikan maklumat terperinci tentang projek itu.

Terdahulu, semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada Persidangan DUN itu, Muhammad Sanusi menjelaskan dengan terperinci mengenai kronologi cadangan pembangunan projek KXP itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 18 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad