web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siasatan LCS Mesti Diteruskan, Pendakwaan Sebelum Ini Tidak Cukup - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2023 12:52PM

Perkara itu telah disampaikan kepada SPRM untuk tindakan lanjut dan badan berkenaan memaklumkan akan ada pendakwaan peringkat kedua. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan siasatan berhubung isu pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) mesti diteruskan kerana pendakwaan peringkat awal sebelum ini tidak mencukupi memandangkan ia melibatkan skandal berskala besar dan ketirisan.

Beliau berkata pendakwaan sebelum ini juga tidak bertindak kepada orang-orang yang lebih utama yang dikatakan terlibat dalam isu perolehan LCS tersebut.

“Arahan saya, siasatan mesti diteruskan termasuk LCS kerana saya rasa tindakan sebelum ini tidak cukup untuk membongkar dan bertindak terhadap orang utama yang dikatakan terlibat dalam kes ini… jadi biar siasatan diteruskan,” kata beliau.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, mengenai keseriusan kerajaan dalam mengambil tindakan terhadap tata kelola yang tidak telus termasuk LCS.

Anwar berkata perkara itu telah disampaikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) untuk tindakan lanjut dan badan berkenaan memaklumkan akan ada pendakwaan peringkat kedua.

Anwar juga menegaskan arahannya kepada badan-badan penguatkuasaan termasuk SPRM adalah menyeluruh.

“Sebab itu ada Ketua Bahagian UMNO Shah Alam yang didakwa tetapi tidak difokus. Maknanya sesiapa sahaja yang didapati oleh SPRM dan buktinya kukuh oleh Peguam Negara harus terima kenyataan pendakwaan,” kata beliau.

Beliau turut mengulangi pendirian tidak akan campur tangan dalam sebarang kes pendakwaan di mahkamah melibatkan pemimpin tertentu termasuk mengurangkan atau mengetepikan pendakwaan terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Selain itu Anwar turut mempersoal tohmahan yang dilemparkan oleh pihak pembangkang yang mengaitkannya dengan pendakwaan tertentu. 

“Kena ingat, sebagai muslim bertanggungjawab, adakah anda yakin dan ada bukti bahawa Anwar campur tangan untuk mendakwa sesiapa. Kalau tiada itu zalim jawabnya, guna nama agama dan fitnah orang, sebut nama saya.

“Saya tidak campur tangan, boleh tanya SPRM dan Peguam Negara, malah arahan daripada saya apa pun tindakan yang dilakukan mesti berdasarkan fakta dan bukti kuat, saya sokong. Tetapi jangan aniaya, jangan ada satu alasan yang longgar yang boleh dicabar dan dipertikai,” kata beliau.

Sehubungan itu, beliau berkata jangan mudah menghukum dirinya kerana beliau bukan seorang ahli politik murahan.

Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan telah mengambil beberapa langkah bagi menjamin tata kelola yang baik termasuk menghentikan semua kaedah perundingan terus sebaliknya diurus melalui tender.

Beliau mengakui memang terdapat keperluan dalam negara untuk mengagihkan projek kepada kontraktor bumiputera, tetapi ia juga perlu melalui proses tender atau tender terhad selain peruntukan secukupnya kepada golongan yang memerlukan.

Beliau juga memaklumkan seramai 475 orang Ketua Pegawai Digital (CDO) juga dilantik bertindak sebagai peneraju pendigitalan di agensi dalam usaha penambahbaikan tata kelola kerajaan dalam pendigitalan sektor awam.

Menurutnya, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) turut ditugaskan semula untuk memberi perhatian dari sudut perancangan dan pengurusan tadbir selain menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Cloud Framework Agreement (JPPCF). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 minit yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad