web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih Separuh Menara Telekomunikasi Terjejas Banjir Di Johor Selesai Dibaik Pulih - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2023 4:39PM

Lebih separuh daripada 160 menara telekomunikasi yang terjejas akibat banjir di Johor berjaya dipulihkan setakat semalam - Gambar Hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Lebih separuh daripada 160 menara telekomunikasi yang terjejas akibat banjir di Johor berjaya dipulihkan setakat semalam, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Beliau berkata setakat ini, cuma menara telekomunikasi yang terjejas di Batu Pahat belum boleh dipulihkan kerana kawasan berkenaan masih dilanda banjir.

“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia juga maklum kita dah kenal pasti beberapa menara yang perlu dilakukan proses site heightening bagi mengelakkan ia terjejas lagi sekiranya banjir melanda pada masa akan datang. 

“Setakat ini, ia prosedur yang berjaya kita lakukan di Kelantan dan Terengganu, kawasan yang kerap banjir, di Johor kita akan teliti trend dan kawasan yang berisiko bagi pastikan kita dapat tinggikan kedudukan menara di sebanyak mungkin lokasi,” katanya.

Fahmi ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan banjir kepada mangsa terjejas di negeri ini selain mengadakan lawatan ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di Kampung Sungai Tiram di sini hari ini.

Fahmi berkata pihaknya akan berhubung dengan Kementerian Pendidikan bagi mencadangkan PEDi yang terdapat di negeri itu dijadikan pusat pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) bagi murid-murid yang sekolah mereka masih belum dibuka akibat banjir atau dijadikan pusat pemindahan sementara.

“Ketika ini kita masih kumpul maklumat bagi mengetahui sekolah mana yang masih terjejas, murid-murid dan kawasan PEDi mana yang berhampiran dengan mereka dan boleh digunakan,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai hasil pertemuan dengan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi semalam, Fahmi berkata kementerian dan kerajaan negeri Johor bersetuju menubuhkan satu Task Force bagi menangani isu-isu berkaitan telekomunikasi di Johor.

Katanya mesyuarat pertama Task Force berkenaan telah berlangsung hari ini dengan kementerian diwakili Ketua Setiausaha Datuk Seri Mohammad Mentek.

“Ini perintis (task force dengan kerajaan negeri), sekiranya ia berjaya menyelesaikan isu-isu di sini, kita akan laksanakan inisiatif sama di negeri lain pada masa akan datang,” katanya. 

Ditanya mengenai kes pelakon Kamal Adli dipukul individu tidak dikenali sewaktu menghadiri program di Singapura yang tular di laman sosial malam tadi, Fahmi berkata pihaknya masih menunggu laporan penuh berkaitan perkara berkenaan, namun menegaskan keselamatan semua pihak termasuk golongan artis adalah satu perkara penting. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

2

Semasa 5 hari yang lalu

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

3

Semasa 6 hari yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

4

Semasa 6 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar