web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Berbeza Agama Tidak Memisahkan Ibu Saya Dan Makcik Junaidah’ - Ka Siong

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2023 9:05AM

Wee Ka Siong - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perkongsian Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mengenai keakraban hubungan adik-beradik ibunya walaupun berbeza agama, menarik perhatian serta menyentuh hati netizen.

Menerusi kisah dikongsikannya di Facebook, Ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkata, ibu beliau, Chong Siw Lan dan adik kandung bongsunya diserahkan kepada keluarga angkat sejak masing-masing dilahirkan ekoran faktor kemiskinan.

Katanya, Siw Lan menjadi anak angkat kepada keluarga Cina yang menetap di estet, manakala adik perempuannya itu diserahkan untuk dijaga keluarga Melayu.

“Ibu saya, Chong Siw Lan dan adik kandung bongsunya, Makcik Junaidah Ibrahim, tetap mesra walaupun berbeza agama…

“Jarak dan perbezaan agama tidak memisahkan mereka dengan semua adik-beradik kandung yang lain.

“Hubungan adik-beradik tetap kekal abadi, bagai ‘air yang mengalir dicincang tak putus,” katanya.

Beliau turut berkongsi foto kedua-dua wanita kesayangnya itu dan ahli keluarga lain di paparan perkongsian sama.

Ka Siong turut meluahkan kesyukuran apabila mereka ditemukan semula, selepas terpisah buat beberapa ketika.

Malah, beliau mengharapkan hubungan kekeluargaan mereka akan kekal sepanjang hayat.

“Hari ini, Makcik Junaidah dan keluarga menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya di Tangkak (Johor).

“Ahli-ahli keluarga terdekat kepada 16 orang adik-beradik semua turut hadir meraikan hari istimewa ini.

“Mudah-mudahan hubungan akrab ini terus erat terjalin sampai bila-bila,” katanya. - Getaran, 13 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 3 bulan yang lalu

24,761 Calon UPKK 2025 Dapat 9A

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Harmoni Bincang Usaha Tingkat Kefahaman Pelbagai Agama

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sedia Beri Kerjasama, Guan Eng Yakin Tidak Bersalah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

JAKIM Tidak Terima Laporan Mengenai 'Projek Cinta' - Mohd Na'im

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad