web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Johor Tenggara Miliki Potensi Besar Dalam Pelancongan, Perindustrian - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2023 6:35PM

Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Johor Tenggara mempunyai potensi besar untuk dimajukan terutama melibatkan sektor pelancongan dan perindustrian - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA TINGGI - Johor Tenggara mempunyai potensi besar untuk dimajukan terutama melibatkan sektor pelancongan dan perindustrian, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata bagi melaksanakan hasrat itu Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) perlu menggali potensi dengan mencari tapak baharu bagi kedua-dua sektor berkenaan, memandangkan keluasan wilayah tanggungjawabnya meliputi kira-kira 15 peratus daripada keluasan tanah di Johor.

Beliau berkata kerjasama pintar antara kerajaan negeri dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menerusi KEJORA seperti program perbengkelan atau pemukiman perlu diadakan.

“Saya mencadangkan (program) perbengkelan atau pemukiman dilakukan antara KKDW, KEJORA bersama kerajaan negeri, agar kita dapat memulakan tapak baharu bagi menggali potensi yang ada.

“(Melibatkan) kawasan pertanggungjawaban yang boleh kita sama-sama majukan demi kepentingan kerajaan negeri dan pusat...masih terlalu awal untuk kita umumkan (lokasi khusus), oleh itu perbengkelan atau pemukiman perlu dilakukan," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke KEJORA di Ibu Pejabat KEJORA, Bandar Penawar di sini pada Ahad.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Setiausaha Kerajaan negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) yang juga Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said serta Pengurus Besar KEJORA Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus.

Ahmad Zahid berkata beliau teruja dengan pencapaian KEJORA yang telah memasuki usia penubuhan 50 tahun.

Beliau berkata KKDW dengan KEJORA serta barisan kepimpinan kerajaan negeri juga mempunyai keserasian dan sentiasa bekerjasama dalam memajukan kawasan di Johor Tenggara.

“Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar amat mahu melihat kawasan-kawasan yang masih ‘terkebelakang’ dari segi pembangunan dan kemajuan ini dimajukan dan insya-Allah KEJORA akan lakukannya.

“Terima kasih juga diucapkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen yang terlibat serta kerajaan negeri khususnya Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan negeri yang mempunyai keserasian dengan KEJORA dan kerajaan Pusat untuk majukan Johor Tenggara ini, kerana pada hemat saya beberapa insitiatif baharu harus dikemukakan,” katanya.

KEJORA ditubuhkan pada 1 Jun, 1972 mengikut Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972 (Akta 75) dan Enakmen Negeri (Enakmen Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972) yang memberi fungsi dan kuasa-kuasa tertentu untuk membangunkan Wilayah Johor Tenggara. 

Wilayah KEJORA terletak di dua daerah iaitu Kota Tinggi dan Kluang meliputi kawasan seluas 333,364 hektar. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

2

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

3

Semasa 2 tahun yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Acara Pelancongan Negeri Sembilan Perlu Beri Impak Maksimum - Aminuddin

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad