web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pahang Perkenal 5 Langkah Baharu Kekang Penularan COVID-19

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2021 11:15PM

Datuk Seri Wan Rosdy - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Perkembangan semasa penularan wabak COVID-19 di negeri ini yang agak membimbangkan memaksa kerajaan negeri memperketatkan lagi prosedur operasi standard (SOP) membabitkan aktiviti sosial sepanjang bulan Ramadan. 

Bagi memastikan usaha mengurangkan kadar kebolehjangkitan terus meningkat, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini mencadangkan lima pendekatan baharu yang perlu dipatuhi oleh rakyat di negeri ini. 

“Selepas diberikan taklimat oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri pagi tadi, saya dapati perkembangan (penularan) COVID-19 dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini di Pahang masih berada dalam keadaan agak membimbangkan. 

“Buat masa ini, empat daerah di Pahang berada dalam kategori zon merah iaitu Bentong, Kuantan, Temerloh dan Raub, dengan 354 kes aktif. 

“Pengumuman kerajaan (Persekutuan) mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) membabitkan kawasan Taman Tanah Putih Baru, Kuantan bermula tengah malam ini juga perlu diberi perhatian oleh kita semua agar terus berhati-hati dan sentiasa mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya kepada media di sini, sebentar tadi. 

Wan Rosdy berkata, kerajaan Pahang memutuskan untuk menghadkan aktiviti atau penganjuran majlis rasmi berbentuk perhimpunan membabitkan ramai orang; menghadkan pergerakan rentas masuk dan keluar daerah serta memastikan semua SOP ditetapkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) membabitkan aktiviti di masjid atau surau sepanjang bulan Ramadan dipatuhi sepenuhnya. 

Selain itu, pematuhan SOP terutamanya penjarakan fizikal di kedai makan perlu dipantau sepanjang masa oleh pihak berkuasa dan langkah kelima ialah dengan melakukan semakan semula pada kadar segera ke atas jumlah kehadiran pengunjung bazar Ramadan serta bazar Aidilfitri, bersesuaian dengan keluasan tapak bazar berkenaan bagi mengelak pelanggaran SOP.

Berdasarkan rekod terkini Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, jumlah terkumpul kes positif COVID-19 di Kuantan ialah 1,470 dengan 143 daripadanya adalah kes aktif membabitkan sembilan kluster. 

Jumlah sampel yang belum diperoleh keputusan saringan pula ialah sebanyak 647 dan 1,942 orang pula dikenakan perintah kuarantin di rumah. 

“Kerajaan Negeri bercadang mengenakan peraturan lebih ketat jika peningkatan kes ini tidak dapat dikawal dengan baik, termasuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti di Mukim Gali dan Tras, Raub sejak Khamis lalu,” katanya.

Wan Rosdy menegaskan, kerajaan negeri sedia mempertimbangkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jika kadar kebolehjangkitan COVID-19 di negeri ini terus meningkat. 

Perkara itu jelasnya lagi, adalah langkah terakhir yang boleh dilakukan kerajaan negeri bagi memastikan penularan wabak ini tidak terus berlaku hingga mendatangkan risiko kepada penduduk. - Getaran, 4 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad