web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak 3 Tahun Ditemui Maut Kaki Tangan Terikat, Cedera Di Kepala

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2023 2:40PM

Polis menahan seorang lelaki warga asing berumur 30-an yang merupakan individu terakhir dilihat bersama kanak-kanak itu bagi membantu siasatan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun daripada suku Pala'u ditemukan maut dengan kesan kecederaan di kepala, manakala kedua-dua tangan serta kaki kiri diikat dengan tali, di Kampung Panji di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu Supt Azmir Abdul Razak berkata polis menahan seorang lelaki warga asing berumur 30-an yang merupakan individu terakhir dilihat bersama kanak-kanak itu bagi membantu siasatan, dan pemeriksaan lanjut mendapati suspek yang positif dadah dipercayai kurang siuman.

Beliau berkata mayat kanak-kanak itu ditemukan ibunya di kawasan semak kampung berkenaan pada pukul 3 petang, kira-kira tiga jam selepas kanak-kanak yang keluar rumah untuk bermain, dan polis turut menahan ibu bapa kanak-kanak berkenaan yang merupakan warga asing berumur berumur 20-an dan 30-an bagi membantu siasatan.

"Selepas menerima panggilan MERS 999 dari orang awam, polis yang tiba lokasi menemukan mayat kanak-kanak itu dalam keadaan tangan terikat, dan kepala tersepit di antara dua pokok… kepalanya dipercayai dicederakan dengan menggunakan benda tajam, selain terdapat kesan torehan di kedua-dua belah tangan dan kaki kiri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azmir berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dan beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan maklumat dari sumber tidak sahih mengenai kes itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

3

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

4

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad