web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pendakwaan Muhyiddin Satu Serangan Politik, Persepsi Salah - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2023 9:33PM

Fahmi Fadzil berkata tanggapan bahawa pendakwaan terhadap Muhyiddin Yassin sebagai langkah musuh politik adalah satu persepsi yang silap kerana segala siasatan dan pertuduhan adalah mengikuti proses yang sewajarnya berlandaskan undang-undang - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, sepatutnya mempertahankan diri di makamah dan bukan berhujah di jalanan serta khalayak umum dengan melemparkan tuduhan bahawa pendakwaan terhadap dirnya adalah bersifat serangan politik.

Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil, berkata tanggapan bahawa pendakwaan terhadap bekas Perdana Menteri itu sebagai langkah musuh politik adalah satu persepsi yang silap kerana segala siasatan dan pertuduhan adalah mengikuti proses yang sewajarnya berlandaskan undang-undang.

“Bagi pihak kerajaan semestinya kita mengikut proses, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), juga Peguam Negara dah menyatakan bahawa mereka bersifat independent, tiada arahan daripada sesiapa, sebaliknya mereka cuma melihat kepada fakta dan membawa kes itu ke mahkamah,” katanya.

Fahmi, yang juga Menteri Komunikasi dan Digital, berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat pejabat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Biro Johor, di sini, hari ini.

Semalam, Muhyiddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu dan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram RM195 juta.

Hakim Azura Alwi kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM2 juta dengan dua penjamin selain memerintahkan bekas perdana menteri itu menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Ketika diminta mengulas mengenai isu melibatkan Naib Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, yang ditegur penyanyi Amir Jahari kerana menggunakan lagunya bertajuk 'Hasrat' sebagai lagu latar untuk hantaran video melibatkan pendakwaan kes Muhyiddin, Fahmi berkata setiap pihak perlu menghormati hak pengkarya.

“Mana-mana artis ada hak atas karya mereka, wajib kita hormati, itu paling baik, dan bila minta maaf, pohonlah sebaiknya,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam