web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pastikan Perkhidmatan Bomba Sentiasa Ditambah Baik - PM Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2023 5:42PM

Anwar Ibrahim berkata kepantasan dan kecekapan anggota bomba memadam kebakaran berjaya meminimumkan kerosakan harta benda sekali gus membantu memacu pembangunan negara - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Peranan pasukan bomba dan penyelamat bukan sahaja menyelamatkan nyawa dan harta benda, malah juga mengurangkan kerugian yang ditanggung negara. 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kepantasan dan kecekapan anggota bomba memadam kebakaran berjaya meminimumkan kerosakan harta benda sekali gus membantu memacu pembangunan negara. 

Justeru, Anwar yang Menteri Kewangan berkata kerajaan tidak akan sekali-sekali berkira dalam menambah peruntukan kepada pasukan itu setiap tahun bagi memastikan perkhidmatan mereka sentiasa ditambah baik. 

"Kalau kita tanya cukupkah peruntukan untuk bomba ini? Saya kata takkan cukup, tapi seiring pemulihan ekonomi kita akan sentiasa tambah peruntukan kepada kementerian terlibat," katanya ketika merasmikan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Terdahulu Anwar menerima Hormat Perdana daripada anggota perbarisan Jabatan Bomba dan Penyelamatan Negeri Perak.

Sementara itu, Perdana Menteri di majlis sama turut mengumumkan naik taraf Balai Bomba dan Penyelamat Tambun dari Balai Kategori D ke Balai Kategori C.

Dengan pengumuman itu, bilangan perjawatan di balai berkenaan akan ditambah kepada 29 anggota diketuai Ketua Balai gred KB29, selain sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) juga ditempatkan di sini bagi tujuan operasi operasi pemadaman dan penyelamatan.

Anwar turut memuji prestasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia secara keseluruhan yang disifatkan berada pada tahap terbaik.

Sementara itu, Nga dalam ucapannya berkata pengoperasian balai berkenaan sekali gus menjadikan Perak sebagai negeri kedua dalam negara yang mempunyai jumlah balai bomba terbanyak iaitu 35 balai.

“Saya amat yakin dengan adanya balai bomba baharu ini, ini akan memberikan impak yang sangat positif dalam penyampaian khidmat kebombaan dan penyelamatan yang lebih baik mengikut KPI (indeks prestasi utama) ditetapkan iaitu response time tidak melebihi 10 minit,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 3 hari yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

Semasa 4 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

4

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad