web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Orkid Hibrid Baharu Dinamakan Aranda PMX-Anwar Sempena PM Ke-10

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2023 2:09PM

Anwar (tengah) menerima spesis orkid hibrid baharu yang dinamakan sebagai Aranda PMX-Anwar daripada Kor Ming (kiri) pada majlis perasmian Sambutan Hari Landskap Negara 2023 Peringkat Kebangsaan di Taman Dr Seenivasagam hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Sejenis spesis orkid hibrid baharu yang dinamakan sebagai Aranda PMX-Anwar diumumkan di majlis perasmian Hari Landskap Negara 2023 (HLN2023) di Taman D R Seenivasagam, di sini hari ini, mengambil sempena nama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini hari ini.

Sejambak orkid berkenaan telah diserahkan oleh Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming kepada Anwar selepas Perdana Menteri menyempurnakan majlis perasmian itu.

Ia dinamakan sedemikian bagi meraikan smbolik warna kuning-oren spesis berkenaan, yang menggambarkan kegembiraan, optimistik dan semangat seperti mana karakter Perdana Menteri.

Aranda PMX-Anwar merupakan kacukan induk betina, Aranda Tecnokraft, yang merupakan hibrid orkid integenerik daripada kacukan Aranda Khaw Phaik Suan dan Vanda Memoria Choo Lalkeun, manakala induk jantan, Aranda Sayan, juga adalah hibrid orkid integenerik berwarna kuning kacukan di antara Vanda Medasand dan orkid liar Arachnis hookeriana.

Kacukan baharu itu berbunga kali pertama pada 5 Mac 2013.

Hibrid ini telah didaftarkan dengan Penguatkuasa Pendaftaran Antarabangsa Hibrid Orkid di England.

Ciri-ciri bunga bewarna kuning-oren terang mewarisi sifat induk jantan dengan kelopak tebal, berbentuk hampir bulat dan tersusun cantik dengan bibir bunga bewarna oren kemerahan.

Bibir bunga yang agak panjang dan warna oren kemerahan ini menyerlahkan keseluruhan jambangan bunga di pokok.

Bunga ini bersaiz sederhana dengan saiz berukuran diantara 3.0 ke 4.5 sentimeter dan susunan jambak bunga berbentuk spiral dengan tangkai bunga berukuran sederhana di antara 28 hingga 30 sentimeter panjang.

Setangkai bunga mengeluarkan 8 hingga 12 kuntum bunga yang tahan lebih lima minggu di pokok. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 4 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad