web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Silap Hantar Mayat: SUARAM Tuntut Inkues Diadakan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2023 9:46AM

Keluarga mangsa terkejut apabila dimaklumkan bahawa banduan terbabit masih hidup oleh Penjara Sungai Buloh. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) menggesa supaya inkues diadakan berhubung kes kesilapan identiti seorang banduan di Penjara Sungai Buloh sehingga menyebabkan pertukaran mayat, baru-baru ini.

Pengarah Eksekutifnya, Sevan Doraisamy berkata, inkues itu perlu diadakan segera dan dikendalikan secara telus dan adil.

Menurut beliau, siasatan itu penting memandangkan ia boleh membantu dalam membentuk dasar serta dan langkah intervensi yang perlu dibangunkan atau ditambah baik.

Malah, beliau yakin siasatan itu juga dapat membantu dalam membina kepercayaan dan keyakinan orang ramai terhadap sistem keadilan jenayah.

Dalam kejadian berkenaan sebuah keluarga yang sedang melakukan persediaan untuk menyemadikan mayat anak mereka terkejut, apabila dimaklumkan bahawa banduan terbabit masih hidup oleh Penjara Sungai Buloh.

Kejadian itu menyebabkan keluarga mangsa tidak berpuas hati dengan pihak penjara sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang pada 4 Mac lalu.

Susulan insiden itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan, pihaknya akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat secara terperinci insiden berkenaan.

Beliau turut menyatakan kesediaan membayar pampasan berjumlah RM20,000 yang dibelanjakan keluarga terbabit bagi menjalankan upacara persemadian mayat anak mereka.

Dalam pada itu, Sevan memuji tindakan Saifuddin yang mengakui terdapat elemen kecuaian dan kelemahan sistem dalam kejadian itu selain menawarkan untuk membayar pampasan kepada keluarga terbabit.

“Keluarga di Negeri Sembilan itu dimaklumkan anak mereka meninggal dunia di penjara dan sudah membuat persediaan untuk pengebumian sebelum dimaklumkan perkara sebenar sebelum pembakaran mayat dilakukan.

“Keluarga terbabit juga sudah membelanjakan kira-kira RM20,000 untuk urusan pengebumian dan kos pembakaran mayat,” katanya seperti dilaporkan FMT.

Sementara itu, Sevan turut menggesa KDN menyediakan kemas kini secara berkala mengenai penemuan jawatankuasa itu yang ditubuhkan susulan kes itu, khususnya berkaitan sebarang kelompongan yang ditemui dalam proses mengenal pasti identiti di penjara dan pelaksanaannya, serta cadangan yang bersesuaian.

“Syor itu harus segera diikuti dengan tindakan responsif oleh KDN dan jabatan penjara,” katanya. - Getaran, 11 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Pemulihan Dalam Komuniti Pilihan Utama Jabatan Penjara Tangani Jenayah Berulang

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Kerajaan Harus Berhati-Hati, Elak Khilaf Politik Ketika Laksana Agenda Pembaharuan - PM

3

Semasa 3 tahun yang lalu

RUU IPCC 2020 Lebih Bersifat Politik, Perlu Ditarik Balik - SUARAM

4

Selebriti 4 tahun yang lalu

“Saya Jaga Yasin Semasa Episod Bipolar Itu” - Faizal Tahir 

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 jam yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad