web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemulihan Dalam Komuniti Pilihan Utama Jabatan Penjara Tangani Jenayah Berulang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2023 9:43PM

Pendekatan Pemulihan Dalam Komuniti menunjukkan 50 kali ganda lebih berkesan dalam mengurangkan jenayah berulang berbanding kaedah pemenjaraan yang dipraktik sekarang - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI BULOH - Pendekatan Pemulihan Dalam Komuniti akan menjadi pilihan utama Jabatan Penjara Malaysia menjelang 2030 bagi mengurangkan jenayah berulang dalam kalangan banduan, kata Ketua Pengarah Jabatan Penjara Datuk Nordin Muhamad.       

Beliau berkata kaedah itu menunjukkan 50 kali ganda lebih berkesan dalam mengurangkan jenayah berulang berbanding kaedah pemenjaraan yang dipraktik sekarang.

"Menjelang 2030, kami (Jabatan Penjara) akan memastikan dua pertiga penghuni yang layak diberi peluang menjalani pemulihan dalam komuniti… pemenjaraan hanya akan menjadi pilihan akhir koreksional. 

"Pilihan utama akan diberikan kepada usaha pemulihan menerusi pengintegrasian strategik dalam masyarakat yang pada masa ini menunjukkan 50 kali ganda lebih berkesan dalam mengurangkan kadar residivis (jenayah berulang)," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Penjara Bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan timbalannya Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah. 

Menurut Nordin, usaha itu selaras dengan agenda reformasi jabatan berkenaan yang sedang giat direalisasikan.

Dalam pada itu, Nordin turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada perdana menteri kerana menyalurkan dana berjumlah RM50 juta menerusi Belanjawan 2023 untuk membaik pulih kuarters anggota Jabatan Penjara di seluruh negara. 

"RM12 juta daripada jumlah itu akan disalurkan bagi membaik pulih kuarters anggota di Penjara Sungai Buloh ini," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Saifuddin Nasution Tidak Terbabit Urusan Tender - Jabatan Penjara

2

Semasa 3 tahun yang lalu

PM Arah Proses Baik Pulih Kuarters Penjara Sungai Buloh Disegerakan

3

Semasa 3 tahun yang lalu

CUEPACS Usul Kurangkan Tempoh Perkhidmatan Pekerja Kontrak Untuk Lantikan Tetap

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Silap Hantar Mayat: SUARAM Tuntut Inkues Diadakan

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

oleh Wartawan Getaran

Politik 23 jam yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar