web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


RUU IPCC 2020 Lebih Bersifat Politik, Perlu Ditarik Balik - SUARAM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2022 11:01AM

SUARAM menyifatkan keputusan Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) 2020, semalam sebagai hari tergelap bagi hak asasi manusia di negara ini. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) menyifatkan keputusan Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) 2020, semalam sebagai hari tergelap bagi hak asasi manusia di negara ini.

Pegawai Penyelaras Hak Untuk Keadilan SUARAM, Wong Yan Ke berkata, IPCC yang diluluskan itu bukanlah satu suruhanjaya yang telus dalam menangani isu salah laku dalam kalangan anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sebaliknya, jelas beliau, suruhanjaya tersebut dilihat lebih berasaskan kepentingan politik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

“Terdapat banyak kelemahan yang kami temui apabila meneliti usul dalam RUU tersebut malah kebebasan dan kesaksamaan di dalam suruhanjaya berkenaan juga boleh dipersoalkan.

“Sebagai contoh, Menteri KDN diberi kuasa mutlak untuk memilih setiausaha jawatankuasa dalam suruhanjaya tersebut. Tindakan tersebut lebih dilihat sebagai lantikan politik,” katanya kepada Getaran.

Mengulas lanjut, Yan Ke berkata, IPCC yang diluluskan itu juga memiliki bidang kuasa penyiasatan yang amat lemah terhadap dalam apa jua isu membabitkan salah laku dalam PDRM.

“Berdasarkan RUU tersebut, kami dapati IPCC tidak boleh melakukan penggeledahan atau sitaan terhadap apa jua barangan untuk siasatan.

“Ia juga tidak boleh mengunjungi lokap atau tahanan tanpa memberikan notis kepada PDRM. Perkara itu jelas memberikan masa untuk pihak tertentu menutup sebarang kesalahan dilakukan,” katanya.

Menurutnya lagi, IPCC juga tidak mempunyai kuasa dalam menguatkuasakan sesuatu dapatan hasil siasatan dilakukan mereka.

“Mereka tidak diberi kuasa mengambil tindakan tatatertib terhadap warga PDRM yang melakukan kesalahan, sebaliknya hanya boleh membuat syor tertentu kepada PDRM.

“Namun, terpulang kepada PDRM untuk mengambil tindakan terhadap syor yang diberikan IPCC,” katanya.

Susulan itu, Yan Ke menggesa kerajaan untuk menarik balik RUU tersebut memandangkan ia bukanlah satu jalan penyelesaian terhadap apa jua isu membabitkan PDRM.

“Kami gesa RUU tersebut ditarik balik. Jika tidak berbuat demikian ia membuktikan Menteri dan KDN tidak mementingkan hak asasi manusia di Malaysia,” katanya yang kecewa dengan keputusan tersebut.

Sementara itu, Sekretariat Kumpulan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Tuntut Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), Mohamad Alshatri Abdullah, berkata pihaknya sehingga hari ini membantah keputusan penubuhan IPCC oleh KDN.

Katanya, bagaimanapun pihaknya sedia bekerjasama dengan kerajaan dan IPCC yang ditubuhkan untuk menambahbaik struktur suruhanjaya tersebut bagi membolehkan ia berfungsi sebaik mungkin.

“Walaupun berat hati dan tidak bersetuju dengan IPCC ini, tapi saya melihat ia boleh ditambah baik iaitu dengan meminda beberapa perkara bagi memastikan keberkesanannya.

“Kami selaku masyarakat sivil akan bekerjasama dengan IPCC, namun menuntut kerajaan menempatkan individu selayaknya bagi menggalas tanggungjawab tersebut dan bukannya sekadar ada saja,” katanya.

Beliau berkata, IPCC yang akan ditubuhkan itu perlu memfokuskan beberapa isu serius dalam PDRM termasuklah kes kematian dalam tahanan dan dakwaan salah guna kuasa.

Tegasnya, isu tersebut amat berat dan perlu diberi perhatian serius untuk ditangani dengan kadar segera.

Terdahulu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) IPCC 2020 yang bertanggungjawab melaksanakan siasatan berhubung aduan tatakelakuan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam.

RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan ketiga oleh Hamzah dan dibahas seramai 18 Ahli Parlimen. - Getaran, 27 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

3

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

4

Semasa 2 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 6 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar