web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Saya Jaga Yasin Semasa Episod Bipolar Itu” - Faizal Tahir 

Faizal mendedahkan kerap berulang-alik ke rumah penyanyi itu yang kebetulan tinggal di tingkat bawah kediamannya.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2022 12:38PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bermula dengan seorang kawan yang  bekerja dalam industri  seni yang sama, persahabatan antara penyanyi Faizal Tahir dan Yasin Sulaiman menjadi semakin akrab apabila masing-masing tinggal di sebuah kawasan perumahan yang sama beberapa tahun lalu. 

Mengakui Yasin sendiri yang menceritakan tentang penyakit bipolar yang dihidapinya sejak tahun 2014, Faizal mendedahkan kerap berulang-alik ke rumah penyanyi itu yang kebetulan tinggal di tingkat bawah kediamannya. 

@getaranmy

Faizal Tahir menceritakan pengalamannya menjaga Yasin semasa episod bipolar beberapa tahun lalu. #GetaranMY #Selebriti #bipolar

♬ Say It Right - Sped Up Remix - Nelly Furtado & Speed Radio

“Dia melalui episod bipolar ketika itu. Jadi memang sayalah yang akan jaga dan tengokkan dia. Kalau saya tengok dia post benda aneh di media sosial, saya akan turun ke rumahnya dan minta dia tutup telefon. 

“Saya juga ingatkan dia untuk makan ubat sebab ada masanya dia lupa dan tidak mahu makan ubat. Memang mencabar menjaga seorang penghidap bipolar kerana mood dan personalitinya akan berubah. Namun, ia pengalaman yang bermakna kerana saya belajar banyak benda. Saya sayang dia,” katanya kepada Getaran semasa ditemui di majlis pelancaran lagu Alah Bisa. 

Namun begitu, mereka jarang bertemu memandangkan Faizal telah berpindah ke kediaman baru. Kali terakhir mereka berjumpa adalah sekitar setahun lalu. Bukan itu sahaja, mereka juga sebenarnya sudah merancang untuk berjumpa beberapa hari sebelum insiden serbuan pada Mac baru-baru ini.

“Kami dah lama tak berhubung selepas kematian bapa saya pada September tahun lalu kerana memberikan fokus kepada keluarga. Tapi ada satu masa yang saya teringat kepadanya, maklumlah dia sahabat yang baik. Kami bercadang untuk bertemu beberapa hari sebelum insiden itu kerana sudah lama tidak bertanya khabar. 

“Kadangkala timbul juga perasaan bersalah. Saya terfikir, mungkin kalau saya ada jenguk dia, benda itu tak terjadi,” tambahnya.

Gambar: IG Yasin Sulaiman
Gambar: IG Yasin Sulaiman

Pelantun lagu 'Sampai Syurga' itu bagaimanapun mengakui bahawa Yasin adalah sahabat yang sangat baik dan banyak mengubah caranya memandang kehidupan. 

“Kalaulah saya boleh senaraikan antara orang yang telah banyak mengubah hidup saya, memang Yasin Sulaiman adalah seorang daripada insan itu. Saya banyak belajar tentang kehidupan daripadanya. Bila datang ke rumahnya, kami akan mengaji Al-Quran bersama-sama sambil bertadabbur.

“Jujur saya cakap, dia antara manusia paling baik pernah saya jumpa. Dia tak pernah buruk sangka dengan orang dan rajin menolong sesiapa yang dalam kesusahan,” katanya menutup temu ramah. 

Terdahulu, Yasin ditempatkan di Penjara Sungai Buloh selepas berdepan dua pertuduhan iaitu mengedar dan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Damansara. - Getaran, 27 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Tetap Solat Walaupun Tangan Diikat

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Angkara Aksi Drift, Lelaki Ditahan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

5 Ditahan Pukul Lelaki Hingga Maut Di Semenyih

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN