web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Islam Letak Wanita Di Kedudukan Mulia Penuh Keindahan, Harus Diberi Penghargaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2023 7:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Umat Islam diseru berpegang kepada aqidah Islamiah berteraskan Ahli Sunnah Waljamaah yang menjadi warisan Rasulullah, termasuk menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia.

Seruan itu turut merangkumi rasa hormat dan penghargaan terhadap wanita, dengan menuntut suami serta anak sentiasa berbuat baik dan menghargai isteri atau ibu masing-masing.

Islam juga meletakkan wanita sebagai makhluk mulia, malah kaum itu dicipta Allah berserta keindahannya dari hujung kepala hingga ke hujung kaki.

Keindahan itu bukan hanya dinilai secara zahir, tetapi juga menerusi hati dan fikiran, dengan selayaknya ia dijaga sebaik mungkin.

Ia dinyatakan dalam teks ucapan khutbah Jumaat bertajuk Wanita Tunjang Pembangunan Ummah dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak minggu ini.

Menurut kandungan khutbah itu, wanita dicipta dengan banyak keistimewaan, termasuk memiliki kudrat untuk mengandung janin dalam rahimnya, selain mempunyai kekuatan menanggung berat kandungan selama lebih sembilan bulan, sehingga dilahirkan bayi dan kecekalan mengalami sakit pada saat melahirkan.

Sebaik bayi dilahirkan, ujarnya, tubuh wanita dilengkapi susu untuk menjadi sumber makanan bayi.

“Wanita memiliki sifat keibuan tinggi; sesibuk dan sepenat mana seorang wanita, tanggungjawab sebagai ibu tetap diutamakan dan tidak pernah disisihkan untuk mengasuh dan membesarkan anak-anak dengan limpahan kasih sayang yang tidak mengenal hujung.

“Kaum ini juga memiliki sifat sabar yang tinggi dan sedia berkorban untuk kebahagiaan suami, anak-anak dan keluarga,” menurut khutbah itu.

Justeru, suami dan anak diseru menunjukkan simpati, ihsan serta kasih sayang dalam membantu meringankan beban kerja isteri atau ibu masing-masing di rumah.

“Bermula dengan membasuh sebiji pinggan dan cawan, menyidai kain di ampaian atau memasukkan pakaian kotor dalam mesin basuh.

“Membersihkan bilik air sambil mandi serta membersihkan rumah di hujung minggu, agar beban tanggungjawab isteri dan ibu dapat diringankan, membolehkan mereka mempunyai lebih masa untuk berehat,” katanya.

Menurut khutbah berkenaan, kedudukan mulia wanita diletakkan Islam, berbeza dengan nasib dialami kaum itu di zaman Jahiliah yang ditindas sebelum kedatangan Islam apabila mereka tidak diterima dan kelahirannya dianggap memalukan, sehingga ada ibu bapa tergamak berfikir mahu menanam bayi perempuan mereka hidup-hidup.

Bagaimanapun, katanya, sejak kedatangan Islam yang dikenali agama Rahmatan-Lil-Alamin, iaitu membawa maksud kedamaian, keamanan, dan perlindungan, wanita dimuliakan serta darjat mereka diangkat.

“Pengiktirafan Islam terhadap wanita tertera, berdasarkan satu daripada 114 surah dalam Al-Quran yang dinamakan Surah An-Nisaa’, iaitu surah berkaitan wanita,” katanya.

Bagi menunjukkan kehebatan tambahan wanita, khutbah itu memaklumkan, kaum hawa lazimnya menjadi tunjang di sisi kejayaan lelaki.

“Sayidatina Khadijah mengamanahkan kepercayaan dan membina keyakinan Nabi Muhammad hingga menjadi seorang ahli perniagaan berjaya. Ketika Baginda menggigil ketakutan susulan pertemuan pertama dengan Malaikat Jibrail AS, Sayidatina Khadijah memberikan Baginda ketenangan, selanjutnya mengukuhkan pegangan Baginda untuk menyebar ajaran Islam dengan menjadi penganut pertama ajaran disampaikan Rasulullah.

“Sayidatina Fatimah al-Zahra, Sayidatina Aisyah Abu Bakar dan Sayidatina Hafsah Umar adalah antara wanita yang tercatat dalam sejarah, berperanan penting pada era Islam mula diperkenal serta dikembangkan.

“Di serata dunia, wanita tercatat dalam sejarah berperanan besar membantu pelbagai usaha membangunkan ummah. Universiti pertama dan tertua di dunia iaitu Universiti al-Qarawiyyin di Mahgribi diasaskan penubuhannya melalui cetusan pemikiran seorang wanita yang berwawasan jauh bernama Fatimah al-Fihri,” katanya.

Khutbah berkenaan menegaskan, meskipun nisbah wanita 100 orang kepada 110 lelaki di negara ini atau 47.7 peratus daripada jumlah keseluruhan 32.4 juta penduduk di Malaysia, kaum itu semakin berpengaruh dan semakin ketara peranannya.

 “Dilaporkan, pelajar wanita di sekolah dan universiti semakin menunjukkan pencapaian peperiksaan lebih cemerlang daripada pencapaian pelajar lelaki, malah bilangan pelajar perempuan semakin ramai di universiti berbanding pelajar lelaki.

“Wanita semakin diamanahkan dengan tanggungjawab lebih besar dan penting dalam perkhidmatan awam, sektor swasta, dunia akademik, badan beruniform, perkhidmatan guaman dan kehakiman, politik serta bidang profesional, seperti saintis, jurutera, jurubina, pilot dan doktor.

“Terkini, beberapa wanita muda Islam di negara kita, mencatatkan kejayaan membanggakan di peringkat antarabangsa, antaranya Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim yang menjadi rakyat Malaysia pertama melancarkan pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) ke angkasa lepas, pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri dan pasangan adik-beradik, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi dengan kerja amal dan misi kemanusiaan di dalam dan luar negara,” menurutnya. - Getaran, 11 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Penubuhan Institusi Pendidikan Islam Perlu Ikut Prosedur – Tengku Mahkota Pahang

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Derita Palestin Bawa Hikmah, Syiar Islam Berkembang Megah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Konsep DNAA Diamalkan Dalam Undang-Undang Prosedur Jenayah, Syariah

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Perancis Akan Haramkan Pakaian Abaya Di Sekolah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad