Berita Terkini

8 jam yang lalu: Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang 8 jam yang lalu: Sesi libat urus perluas sistem pembayaran terbuka lebuh raya - Salahuddin 8 jam yang lalu: Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM3.22 juta 8 jam yang lalu: Pemohon Skim SRP masih boleh dapat pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan 8 jam yang lalu: 20,041 kes hilang wang daripada institusi perbankan di Malaysia pada 2022

IKUTI KAMI


Ras Adiba Terima Anugerah Wanita Berani Antarabangsa 2023, ‘Ini Detik Membanggakan Kita Semua’

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2023 4:10PM

Ras Adiba Radzi di Rumah Putih - Gambar Facebook Ras Adiba Radzi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Nilai dan semangat ‘luar biasa’ dimiliki Senator Datuk Ras Adiba Radzi dalam memperjuangkan hak asasi manusia, khususnya terhadap orang kurang upaya (OKU), melayakkan beliau menerima Anugerah Wanita Berani Antarabangsa (IWOC) 2023 di Rumah Putih, Rabu lalu.

Dikenali sebagai antara ‘wanita besi’ apabila turut lantang menentang diskriminasi masyarakat, beliau menerusi Twitter menyifatkan penganugerahan diterimanya itu sebagai ‘hadiah membanggakan kepada seluruh rakyat Malaysia’, terutama untuk semua golongan OKU dan negara.

“Betapa ini detik membanggakan untuk kita semua,” katanya menerusi keterangan di rakaman video dimuat naik di Twitter yang terdahulu dikongsi Wanita Pertama AS, Jill Biden dan Setiausaha Negara berkenaan, Anthony J Blinken.

Video itu memaparkan Ras Adiba melalui karpet merah di acara berkenaan bersama beberapa wanita yang turut disenaraikan sebagai penerima anugerah sama.

Menerusi kenyataannya kepada Bernama pula, Ras Adiba berkata, pada awalnya apabila diumumkan sebagai seorang daripada penerima, beliau menganggap ia hanya gurauan.

“Itu yang saya fikir…, jadi apabila saya dimaklumkan secara rasmi melalui emel dan selepas membaca dengan teliti setiap perkataan kandungannya, barulah saya terima perkara ini bukan gurauan tapi nyata.

“Terus-terang, tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk diberikan anugerah ini kerana masih banyak yang perlu saya lakukan dan banyak harus dipelajari, sebagai antara wanita paling disegani di Malaysia, apatah lagi dunia,” katanya.

Menerusi hantarannya di Facebook semalam, Ras Adiba berkongsi rakaman video ketika beliau menunggu di ruang dinamakan Bilik Merah yang terletak di Rumah Putih bagi menanti giliran untuk masuk menerima anugerah itu.

“Pada saya anugerah ini begitu besar sekali untuk kita semua wanita di Malaysia, tetapi paling utamanya untuk OKU dan semua rakyat Malaysia.

“Saya tidak sangka saya akan berada di sini, namun rancangan Allah tu kita tidak tahu jadi saya bersyukur sangat dan ini semua untuk kalian semua,” katanya.

Manakala, kenyataan dikeluarkan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) beberapa hari sebelum ia berlangsung memaklumkan, Anthony dan Jill Biden menjadi hos acara itu.

“Majlis Anugerah IWOC akan memberi penghormatan kepada sekumpulan 11 wanita luar biasa dari seluruh dunia yang berusaha membina masa depan lebih cerah untuk semua,” menurutnya.

Kenyataan sama memaklumkan, pemilihan Ras Adiba itu adalah kerana beliau menghabiskan kebanyakan masa profesionalnya untuk memajukan serta mempromosi hak asasi manusia tanpa mementingkan diri sendiri.

Menurutnya, usaha itu dilakukan Ras Adiba dengan membantu populasi rentan dan menggunakan pelbagai platform untuk mengetengahkan ketidakadilan dalam masyarakat di Malaysia.

Pada Mei 2020, Ras Adiba dilantik sebagai senator bagi mewakili OKU.

Enam bulan kemudian, beliau menjadi wanita pertama dipilih sebagai Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang mencipta momen bersejarah, memandangkan negara ini kekurangan pemimpin wanita, terutama daripada golongan OKU.

Sementara itu, menerusi ruangan komen di Twitter, rata-rata netizen merakamkan tahniah dan berbangga dengan pengiktirafan diterima Ras Adiba.

“Tahniah! Anda membuatkan kami sangat bangga,” komen pengguna, aayanaya.

“Tahniah,” kata Brian.

“Anda berhak menerima anugerah ini Senator,” ujar MFH. – Getaran, 10 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Ras Adiba Azam Terus Perjuangkan, Perkasakan Komuniti OKU

2

Teknovasi 2 hari yang lalu

TV YouTube Naikkan Harga Langganan, Bersaing Dengan Disney Plus dan Apple TV+

3

Filem & TV 1 minggu yang lalu

Mechamato Terima Anugerah Peminat Anime Di Tokyo

4

Semasa 1 minggu yang lalu

AUKUS: Malaysia Kekal Dengan Pendirian, Minta Semua Pihak Menghormatinya

Sorotan

1

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

2

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

3

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Cemari Kemuliaan Ramadan, PAS Kecam Penganjuran Program Thai Hot Guy

oleh Susan Albert

Semasa 19 jam yang lalu

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

oleh Sofian Baharom

Semasa 14 jam yang lalu

14 Produk Kandungi Pholcodine Dibatal Pendaftaran, Dipanggil Balik

oleh Sofian Baharom

Semasa 19 jam yang lalu

Agong Nasihat Umat Islam Elak Bazir Makanan Di Bulan Ramadan