web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Bakal Benarkan Pencarum Guna Wang KWSP Sebagai Cagaran Pinjaman Bank - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2023 10:52PM

Anwar Ibrahim menegaskan, kaedah ini bagaimanapun hanya disediakan untuk pencarum yang mempunyai jumlah caruman mencukupi dalam akaun KWSP mereka - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan bakal membenarkan wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) digunakan sebagai cagaran pinjaman kecemasan untuk pencarum yang terdesak dan benar-benar memerlukan wang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan perkara ini di Dewan Rakyat petang tadi. 

Beliau menegaskan, kaedah ini bagaimanapun hanya disediakan untuk pencarum yang mempunyai jumlah caruman mencukupi dalam akaun KWSP mereka.

Langkah ini diambil berikutan desakan bertalu-talu daripada beberapa Ahli Parlimen yang meminta kerajaan membenarkan wang caruman KWSP dikeluarkan oleh mereka yang memerlukan bantuan kewangan. 

“Saya hargai cadangan yang diberikan tetapi kita mesti ingat KWSP adalah simpanan persaraan,”  katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

“Kita sudah berikan kebenaran semasa pandemik COVID-19, tetapi negara lain yang melakukan perkara yang sama sudah menghentikannya. Saya cadangkan cara lain untuk membantu mereka yang betul-betul terdesak.

“Saya akan pastikan supaya KWSP memberikan ruang bagi pencarum yang mempunyai wang dan dalam keadaan terdesak untuk pinjam daripada bank dengan kolateral atau jaminan cagaran daripada wang KWSP. Ini langkah terbaik,” kata Anwar. 

Beliau bagaimanapun tidak memberikan maklumat lain tentang mekanisme inisiatif itu. 

Terdahulu, semasa pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023, Anwar mengumumkan kerajaan akan menambah caruman simpanan bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 kepada ahlinya yang berumur antara 40 sehingga 54 tahun dengan jumlah simpanan kurang daripada RM10,000 dalam Akaun 1.

Semasa debat Belanjawan 2023, beberapa Ahli Parlimen telah mendesak kerajaan membenarkan pengeluaran bersasar untuk mereka yang terdesak.

Mereka termasuklah mantan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN - Pagoh), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN - Bera) dan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong (BN - Ayer Hitam).

Muhyiddin yang juga pengerusi Perikatan Nasional pada debat Isnin lalu berkata, kerajaan tidak serius dalam membantu rakyat menangani kos sara hidup yang tinggi apabila tidak membenarkan pengeluaran tambahan. 

Ahli Parlimen Pagoh itu juga berkata ‘top-up’ RM500 yang diberikan hanya menguntungkan jumlah individu yang kecil manakala majoriti lebih memilih pengeluaran wang caruman. - The Vibes, 9 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun Ahli Diumum Akhir Bulan Ini - KWSP

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

KWSP Umum Senarai Unit Amanah Yang Dikemas Kini Bagi 2024/2025

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

KWSP Umum Dividen 5.50 Dan 5.40 Peratus

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad