web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cabaran Industri Kurier: Fahmi Fadzil Bertemu Pemain Industri Minggu Depan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2023 4:07PM

Fahmi Fadzil berharap, pertemuan berkenaan akan merungkai langkah penambahbaikan dalam mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan pemain industri kurier - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan bertemu pemain industri kurier Rabu ini, bagi membincangkan secara menyeluruh mengenai cabaran dihadapi sektor itu.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berharap, pertemuan berkenaan akan merungkai langkah penambahbaikan dalam mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan pemain industri berkenaan.

“Sektor kurier ini memang menghadapi beberapa cabaran dan kebanyakan cabaran diutarakan ialah berkenaan kos operasi, dan apa yang mungkin sebahagian daripada mereka katakan sebagai keadaan yang tidak kompetetif.

“Tetapi mungkin kami menerusi MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) sedang melihat kepada perkara itu dan insya-Allah, akan ada sedikit langkah, usaha dan ikthiar untuk membantu industri melahirkan keadaan yang lebih berdaya hidup,” katanya kepada media selepas merasmikan Pelan Hala Tuju Kelestarian Pos Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas perkembangan pelaksanaan Pakej Accelerator Kurier Negara (PAKEJ) yang diperkenalkan kerajaan Jun 2021.

PAKEJ merupakan pelan tindakan lima tahun yang bertujuan untuk mempertingkat kualiti perkhidmatan kurier (QoS) dan kelancaran liputan bagi menyokong pertumbuhan industri e-dagang kepada 30 bungkusan per kapita menjelang 2025.

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata ia bukanlah suatu yang mustahil untuk Malaysia melihat penggunaan teknologi baharu seperti dron untuk membuat pengambilan atau menghantar bungkusan dalam masa yang terdekat.

“Saya percaya pelbagai pemain industri sedang melihat kepadanya, sama ada ia boleh dilakukan atau belum lagi, disebabkan kepada kekangan fizikal.

“Ini kerana jika kita membuat pengambilan atau penghantaran bungkusan menggunakan cara ini (dron), terdapat kekangan tertentu tetapi saya boleh lihat perkara itu kerana sektor logistik dron semakin berkembang, dan kita telah pun mempunyai syarikat dron terbesar di dunia berpangkalan di Malaysia, saya percaya kita berkemungkinan ke arah itu,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Fahmi meneaskan bahawa terdapat keperluan mendesak dan tekanan untuk syarikat pos untuk mencari imbangan antara keuntungan dan menjaga impak persekitaran, disebabkan kerisauan mengenai perubahan iklim dan kemerosotan keadaan alam sekitar yang meningkat.

Beliau berkata perubahan perubahan seperti itu juga memerlukan syarikat pos untuk mengadaptasikan amalan yang lebih lestari dan bertanggungjawab terhadap persekitaran, selaras dengan komitmen Malaysia menjadi sebahagian daripada transisi dunia kepada rendah karbon dan akhirnya masyarakat neutral karbon menjelang 2050. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad