web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


AUKU Perlu Dipinda, Bukan Dimansuh - MPPK

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2023 9:20AM

MPPK berpendapat, pindaan perlulah diselarikan dengan modul kesatuan pelajar yang sedang diusahakan oleh KPT. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) perlu dipinda dan bukannya dimansuhkan, menurut Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK).

MPPK dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pindaan terhadap AUKU perlu bagi memastikan pemerkasaan, autonomi dan kesatuan mahasiswa dapat direalisasikan sebaiknya, memandangkan ketika ini terdapat beberapa perkara di dalam akta berkenaan yang masih menyekat pergerakan dan hak mahasiswa.

“Relevansi MPPK menggesa supaya AUKU perlu dipinda sahaja adalah kerana dengan peruntukan sebanyak 27 Seksyen dan dua jadual, ia dibahagikan kepada 7 bahagian iaitu Permulaan, Pelajaran Tinggi, Pentadbiran, Universiti, Kolej Universiti, Daftar dan Pengkalan Data dan Am.

“Hanya terdapat dua Seksyen sahaja yang secara khusus memperuntukkan aspek mahasiswa iaitu Seksyen 15 dan 16, termasuk Perkara 48 Jadual Pertama yang menyebut aspek Majlis Perwakilan Pelajar,” menurut kenyataan itu.

MPPK juga berpendapat, pindaan itu perlulah diselarikan dengan modul kesatuan pelajar yang sedang diusahakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), dalam memberi hak dan kuasa mahasiswa untuk mengurusnya sendiri.

“Namun, perlu ada satu kayu ukur yang jelas untuk universiti melihat kebebasan itu, supaya tidak disalahgunakan mahupun mengundang lebih banyak keburukan, terutamanya sikap dan tatacara para mahasiswa,” katanya.

Dalam pada itu MPPK berpandangan, analisis dan mitigasi risiko perlu dijalankan disusuli dengan perangkaan pelan serta panduan untuk mahasiswa dan universiti, sekiranya pemansuhan AUKU dilakukan.

“Dalam keadaan ini, kewajaran memansuhkan AUKU perlu diteliti bagi setiap peruntukan, bukan sahaja melibatkan mahasiswa malah universiti sendiri bagi mengelakkan sebarang bahana.

“Kami juga ingin menegaskan agar isu ini tidak ditunggang oleh mana-mana parti politik… kerana perkara ini melibatkan keseluruhan Institusi Pendidikan Tinggi, jadi wajarlah hanya dibincangkan oleh pihak berkepentingan sahaja,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Tiada Perbincangan Untuk Benarkan Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM - Zambry

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

KPT Kaji Ekosistem TVET Bagi Mantapkan Sistem Pendidikan Teknikal, Vokasional Negara

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

KPT Serah Kepada IPT Tunjuk Solidariti Kepada Palestin Ikut Cara Masing-Masing

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 6 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad