web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KWSP Lancar i-Sayang: Suami Boleh Pindah Caruman 2 Peratus Kepada Isteri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2023 8:22PM

Kemudahan i-Sayang adalah sebahagian daripada usaha berterusan pihaknya untuk memperluaskan jaringan keselamatan sosial kepada institusi kekeluargaan. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarkan kemudahan i-Sayang, bagi membolehkan suami memindahkan dua peratus daripada caruman mereka menerusi dana itu ke akaun isteri.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kemudahan i-Sayang adalah sebahagian daripada usaha berterusan pihaknya untuk memperluaskan jaringan keselamatan sosial kepada institusi kekeluargaan.

Katanya, ia juga bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia yang tidak mempunyai perlindungan skim keselamatan sosial formal, menabung demi masa depan persaraan mereka.

“Dengan membolehkan suami untuk mencarum secara sukarela sebanyak dua peratus caruman bulanan, mereka memberikan peluang kepada isteri mempunyai simpanan jangka masa panjang.

“Caruman ini juga memberikan isteri mendapat akses kepada keselamatan sosial dan kewangan berkualiti sepertimana dinikmati ahli KWSP,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, usaha itu dilaksanakan KWSP dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Ujarnya, pelancaran i-Sayang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2023 di Dewan Perdana Felda di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri dan Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir.

Amir Hamzah berkata, ketika ini, lebih kurang 2.4 juta suri rumah di Malaysia tidak bekerja atau berada di luar sektor tenaga buruh.

Jelasnya, situasi itu seterusnya menyaksikan golongan berkenaan tidak mempunyai sebarang bentuk keselamatan sosial, menjadikan mereka lebih rentan terhadap kesulitan dan kejutan kewangan.

“Inisiatif ini adalah selaras komitmen kerajaan dalam memperkasakan hak dan menjaga kebajikan wanita, selain menerapkan nilai kekeluargaan sejajar konsep Malaysia MADANI yang berteraskan ciri keterangkuman, kebersamaan serta kesyukuran,” katanya.

Menurutnya, permohonan i-Sayang boleh dilakukan secara dalam talian melalui i-Akaun KWSP (Ahli), Self-Service Terminal (SST) KWSP atau di mana-mana cawangan seluruh negara.

“Maklumat lanjut mengenai i-Sayang boleh didapati di laman sesawang KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03-8922 6000,” katanya. – Getaran, 8 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun Ahli Diumum Akhir Bulan Ini - KWSP

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

KWSP Umum Senarai Unit Amanah Yang Dikemas Kini Bagi 2024/2025

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

KWSP Umum Dividen 5.50 Dan 5.40 Peratus

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad