web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


RM500,000 Untuk ISM Lancar Penyelidikan Perkasa Wanita - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2023 7:15PM

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju memberikan peruntukan permulaan sebanyak RM500,000 kepada Institut Sosial Malaysia (ISM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Beliau berkata ia bagi membolehkan usaha penyelidikan dilakukan untuk memperkasa golongan wanita di negara ini.

"Ada bidang baharu untuk penyelidikan dan hakikatnya untuk golongan wanita, kaum ibu dan anak-anak mereka, saya rasa amalan atau program rutin atau umum dalam sistem birokrat ini mungkin tidak dapat melaksanakan tugas khas itu.

“Oleh sebab itu, kementerian ini seolah-olah mencadangkan bahawa kita tidak semestinya mempunyai bahagian yang berbeza tetapi beberapa pegawai penyelidik yang bekerja di pusat akademik dan universiti tempatan atau pertubuhan antarabangsa untuk membuat rancangan atau penyelidikan yang memberi kesan kepada wanita...dan kita boleh tambah (peruntukan) nanti jika kita dapati kajian itu bermanfaat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Hari Wanita Antarabangsa 2023 di sini hari ini.

Selain itu, Anwar turut meluluskan peruntukan permulaan sebanyak RM1 juta bagi Tabung KASIH Rahmah Wanita di bawah KPWKM yang diwujudkan bagi membantu golongan wanita dalam keadaan terdesak seperti mangsa keganasan rumah tangga dan wanita yang diabai ahli keluarga.

Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek serta isteri Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sementara itu, Nancy dalam sidang media menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas kelulusan peruntukan berkenaan yang antara lain akan memberi fokus penyelidikan berkaitan isu keganasan rumah tangga dan isu gangguan seksual. 

"Kami sebenarnya memohon untuk Women Centre of Excellence tetapi Perdana Menteri menyarankan kami, beliau luluskan dahulu (usaha penyelidikan) di bawah ISM itu untuk mulakan penyelidikan dan lihat ke mana kami boleh pergi seterusnya," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 53 minit yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar