web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perkahwinan Di Usia Sekolah Halang Akses Pendidikan, Mampu ‘Bunuh’ Potensi Pelajar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2023 5:21PM

Perkahwinan pada peringkat itu juga berisiko menghalang akses pendidikan mereka, seterusnya mewujudkan suasana diskriminasi gender atau keganasan terhadap wanita. - Gambar hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perkahwinan pelajar perempuan ketika usia sekolah, mampu membunuh potensi dan masa depan golongan terbabit.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan, perkahwinan pada peringkat itu juga berisiko menghalang akses pendidikan mereka, seterusnya mewujudkan suasana diskriminasi gender atau keganasan terhadap wanita yang ingin dielakkan Kementerian Pendidikan (KPM) terhadap mereka.

Justeru, beliau berkata, KPM sebagai pembuat dasar sentiasa mencari pendekatan terbaik bagi menangani isu perkahwinan pelajar perempuan di peringkat sekolah untuk membentuk dasar lebih objektif serta tuntas.

“Saya merasakan isu ini perlu ditangani dan melihat kepada apakah latar setiap kes melibatkan perkahwinan kanak-kanak (sekolah) ini. Secara objektifnya apabila kita berada di peringkat pembuat dasar, kita akan lihat menangani isu ini dalam bentuk dasar lebih objektif dan lebih tuntas.

“Sebab itu sekarang ini sebagai contoh dasar pendidikan wajib hanya sampai darjah enam sahaja, tapi apa komitmen kita di KPM sekarang adalah kita berada dalam fasa rang undang-undang untuk mewajibkan kanak-kanak ke sekolah menengah juga.

“Jadi sekurang-kurangnya anak-anak ini mesti wajib berada di peringkat sekolah bermula rendah sehingga menengah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi temu bual siaran Astro bertajuk 100 Hari Kerajaan Perpaduan: Pemerkasaan Wanita Bermula Dengan Pendidikan sempena Hari Wanita Antarabangsa 2023, hari ini.

Fadhlina berkata, KPM tidak mahu ada kanak-kanak di negara ini yang tercicir atau dinafikan perkara itu walau atas apa alasan sekali pun, sejajar hak setiap orang untuk mendapatkan pendidikan terbaik.

Katanya, dalam aspek perkahwinan pelajar di peringkat usia sekolah, KPM akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan dan membantu golongan itu mendapat pendidikan sebaiknya.

“Katakanlah dia berkahwin tapi dia masih boleh tetap meneruskan pendidikan, kita bantu. Katakanlah dia hamil ketika umur persekolahan, kita boleh bantu dia dapat pendidikan. Tugas KPM adalah membantu menyelesaikan isu yang menghalang individu mendapatkan akses terbaik kepada pendidikan.

“Mana-mana pelajar tercicir atau sukar mendapat akses atau berdepan dengan halangan status ini, kena bantu. Sebab itu selain daripada pendekatan undang-undang dan pendekatan rakan aktivitis bertungkus-lumus memastikan isu ini ditangani sebaiknya, di peringkat kita (KPM) juga kita kena buat pendekatan afirmatif supaya mereka (pelajar sekolah) tidak boleh didiskriminasi sekalipun berkahwin.

“Sekalipun mereka hamil, pendekatan itu sentiasa ada, sebab itu saya kata kalau dalam konteks hari ini tak ada siapa wajar tercicir pada dalam aspek pendidikan,” katanya.

Meskipun perkahwinan pada usia sangat muda dibenarkan di negara ini mengikut syarat tertentu, namum Fadhlina berkata, beliau tetap berpegang kepada pendirian bahawa kanak-kanak tidak boleh berkahwin ketika dalam tempoh pendidikan.

“Mereka mesti menumpukan sepenuh perhatian kepada ruang pendidikan dan diberikan pendidikan sewajarnya,” katanya.

Pada masa sama, menteri pendidikan wanita pertama Malaysia itu menitipkan nasihat supaya ibu bapa juga dididik untuk melihat kepentingan meluas akan diperoleh anak mereka, sekiranya mempunyai pendidikan sewajarnya.

“Kalau kita risau dengan budaya, ya ada juga pandangan agama yang membenarkan (perkahwinan pada tempoh persekolah), saya sokong itu memang wujud tetapi kita harus melihat bagaimana kita patut lebih bersikap terbuka dalam konteks melihat anak kita ini untuk masa hadapan.

“Isu perkahwinan pada usia sekolah ini tidak boleh diselesaikan hanya dengan kepada bagaimana KPM menanganinya, sebaliknya memerlukan komitmen semua pihak, termasuk ibu bapa, agamawan serta dilengkapi infrastruktur baik, seperti peribahasa, ‘ia memerlukan sekampung untuk membesarkan seorang kanak-kanak,” katanya. – Getaran, 8 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 4 hari yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

3

Selebriti 6 bulan yang lalu

Majlis Resepsi Erra Fazira, Ezwan Berlangsung Meriah, Erra Buat Sendiri Cenderahati Untuk Tetamu

4

Pendidikan 6 bulan yang lalu

SPM Tidak Dimansuh, Kekal Kelayakan Tamat Sekolah Terpenting - Fadhlina

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Penyertaan Dalam Pas Untuk Perjuangkan Reformasi - Zaid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

oleh Sophia Ahmad