web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


33 Petugas Positif COVID-19, HQ MBSJ Tutup Hingga Esok

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2021 2:46PM

Ibu pejabat MBSJ. - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Notis penutupan sementara ibu pejabat Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dilanjutkan sehingga 5 Mei esok, susulan terdapat 33 kakitangan yang disahkan positif wabak COVID-19.

Datuk Bandar MBSJ, Noraini Roslan dalam satu kenyataan berkata, penutupan itu bagi memudahkan proses pengesanan kontak rapat dan menjalankan kerja disinfeksi di seluruh bangunan Ibu Pejabat MBSJ.

“Tempoh itu bagi mengesan jangkitan serta membuat saringan secara menyeluruh ke atas lebih ramai kakitangan.

“Pihak MBSJ juga ingin memaklumkan sejak 22 April hingga 3 Mei lalu, seramai 33 kakitangan PBT ini disahkan positif COVID-19, berbanding 11 kes yang dilaporkan sebelum ini,” katanya.

Ujarnya lagi, semua kontak rapat sudah diarahkan menjalani ujian pengesahan virus serta kuarantin kendiri mengikut prosedur ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Noraini juga mengingatkan kepada para pelanggan yang ingin berurusan, supaya menggunakan perkhidmatan atas talian (online) yang boleh diakses melalui portal rasmi MBSJ.

“Orang ramai boleh pergi ke www.mbsj.gov.my atau menjalankan transaksi menggunakan mesin kiosk yang telah disediakan.

“Bagi urusan yang memerlukan perkhidmatan bersemuka, para pelanggan diminta untuk menetapkan tarikh temujanji sebelum hadir ke pejabat.

“Langkah ini adalah bagi mengurangkan risiko wabak COVID-19 yang mudah berjangkit melalui aktiviti fizikal,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau juga memohon maaf atas sebarang kesulitan sepanjang penutupan berkenaan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Pusat Kawalan MBSJ di talian 03-80247700. - Getaran, 4 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar