web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siasat Individu, Syarikat Elak Bayar Cukai - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2023 7:46AM

Anwar Ibrahim mahu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat individu atau syarikat yang cuba mencari helah untuk mengelak daripada membayar cukai - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CYBERJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan cukai wajib dibayar golongan yang dikenakan cukai, mahu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat individu atau syarikat yang cuba mencari helah untuk mengelak daripada membayarnya.

Berucap merasmikan Sambutan Hari Hasil Ke-27 di sini malam ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata tindakan itu bertujuan memastikan golongan yang wajib membayar cukai pendapatan tidak culas atau terlepas daripada tuntutan undang-undang.

“Sengaja saya luahkan hal ini untuk memberikan dorongan usaha bahawa selagi saya diberi amanah memimpin kerajaan, saya mahu rakyat sama ada golongan peniaga kecil atau ‘maha kaya’ tunduk kepada hukum dan tidak terlepas daripada membayar cukai pendapatan.

“Saya beri gesaan ini supaya jangan ada orang fikir sama ada kenalan saya atau tidak, penyokong saya atau tidak, cukai wajib bayar dan LHDN wajib menggeledah dan cari helah-helah (elak bayar cukai),” katanya.

Anwar berkata sekiranya usaha itu dapat dilaksanakan dengan baik, maka prestasi hasil negara akan terus meningkat malah lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.

Mengimbau ketika menjawat jawatan Menteri Kewangan pada tahun 1990-an, Anwar berkata Jabatan Hasil Dalam Negeri ketika itu, sebelum dinaik taraf kepada LHDN berdepan kesukaran untuk mengutip cukai terutama daripada tokoh besar termasuk “VVIP” utama yang enggan membayar cukai.

"Saya kata agak aneh, negara yang merdeka berdaulat mempunyai peraturan dan hukum, boleh golongan ‘maha kaya’ enggan membayar (cukai).

Jadi saya pun keluarkan kenyataan Jabatan Hasil Dalam Negeri masa itu, bahawa saya adalah di sebelah pegawai-pegawai jabatan untuk mempastikan tanpa kecuaian orang yang wajib membayar cukai mesti laksanakan.

Saya berpuas hati walaupun saya menghadapi kesukaran kerana telah memberi amaran begitu, prestasi LHDN selepas itu jauh bertambah baik. Orang-orang yang dulunya enggan (bayar cukai) sebahagian besar mengaku kalah dan terus mematuhi peraturan," katanya.

Anwar dalam pada itu berkata LHDN perlu memantapkan peranan dan tanggungjawabnya  agar prestasi kutipan hasil negara terus meningkat.

Beliau turut mengingatkan warga LHDN agar tidak terjerumus dalam gejala rasuah demi menjaga imej lembaga itu.

Menyentuh Malaysia MADANI yang digagaskannya, Anwar berkata : "MADANI membawa hasil yang baik dan hasil yang baik itu dengan penjanaan pertumbuhan dan pemacuan pertumbuhan yang lebih segar tetapi nilai mesti dipertahankan."

“Apa erti kerja profesional dalam LHDN kalau tiada nilai yang kita gerakkan (dan) inilah beda MADANI dari deen (agama) dan tamadun, meletakkan kita sebagai bangsa bermaruah," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 37 minit yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad