web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Mahu Penjawat Awam Kendali Tugas Besar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2023 10:57AM

Anwar Ibrahim bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (dua, kanan) selepas majlis perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan Mac 2023 di Dewan De' Seri Endon, Puspanitapuri hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA -  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tugas besar dalam penilaian dikembalikan kepada penjawat awam dan mengurangkan kebergantungan kepada konsultan dalam era pentadbirannya.

Berdasarkan pengalamannya berkhidmat selama lapan tahun di Kementerian Kewangan sebelum ini, Anwar berkata beliau dapat menyaksikan kompetensi pegawai-pegawai yang ada memimpin dan mengemudi sesuatu projek, dan jika perlu hanya dibantu satu atau dua konsultan.

"Saya nak dalam pentadbiran sekarang ini kita kembalikan tugas besar dalam penilaian itu adalah tugas penjawat awam," katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Merujuk kepada kejayaan Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) memperoleh US$1.8 bilion (kira-kira RM8.06 bilion) daripada International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investments PJS (Aabar PJS), Anwar berkata antaranya ia adalah hasil usaha penjawat awam seperti Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. 

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kira-kira RM8 bilion yang masuk ke dalam tabung negara itu membuktikan kejayaan dapat dicapai jika kepercayaan dan keyakinan diberi kepada pegawai.

"Kalau kita serahkan kepercayaan kepada penjawat awam, pegawai boleh pergi dengan yakin," katanya.

Anwar berkata beliau tidak menganggap pengambilan konsultan dan peguam swasta itu tidak penting, tetapi kepakaran dan keterampilan dalam perkhidmatan awam juga perlu dipertingkatkan bagi memberi ruang terutamanya kepada pegawai muda.

"Kadar keupayaan dan kepakaran dalam kalangan penjawat awam itu ada dan kelebihan itu perlu dimanfaatkan untuk memulihkan imej penjawat awam sebagai yang terbaik dalam negara dan rantau ini," katanya.

Anwar pada majlis itu juga merakam ucapan tahniah atas pelantikan semula Tan Sri Idrus Harun sebagai Peguam Negara, pelantikan Datuk Dr Zulkapli Mohamed sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Datuk Johan Mahmood @ Johan Mahmood Merican sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang akan membantu memantapkan perkhidmatan awam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad