web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pelan Kerajaan Hadapi Kegawatan Ekonomi Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2023 9:55AM

Pelan kerajaan menghadapi kegawatan ekonomi yang dijangka berlaku pada tahun ini merupakan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelan kerajaan menghadapi kegawatan ekonomi yang dijangka berlaku pada tahun ini merupakan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) bertanyakan Menteri Kewangan sama ada kerajaan bersedia menyediakan insentif seperti subsidi upah, geran khas kepada perusahaan kecil dan sederhana, pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan bantuan lain seperti yang dilaksanakan kerajaan sebelum ini, pada sesi soal jawab.

Riduan Rubin (Bebas-Tenom) pula mahu Menteri Kewangan menyatakan perancangan kerajaan untuk meningkatkan kesedaran kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia bagi menghadapi ketidaktentuan ekonomi  tahun ini.

Pada sesi sama, Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) bertanyakan Menteri Perladangan dan Komoditi mengenai sama ada kerajaan bercadang menaikkan kadar Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dari RM2.50 kepada RM4.50 pada waktu ini.

Sementara itu, Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) pula meminta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan langkah yang telah diambil kerajaan untuk menangani isu kenaikan kos mengerjakan ibadah umrah di Arab Saudi ketika ini.

Selesai sesi soal jawab, sidang Dewan Rakyat akan menyambung semula sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di peringkat dasar bagi hari kelima. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Kerajaan Sedia Pinda RUU Pembaharuan Semula Bandar - PM

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Sokongan Malaysia Terhadap Perjuangan Palestin Berprinsip - Mohamad Hasan

4

Politik 1 tahun yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad