Berita Terkini

16 minit yang lalu: Perumahan bermasalah beri kesan tidak langsung kepada 125,000 isi rumah- Akmal Nasrullah 1 jam yang lalu: Lawatan negara Presiden Singapura Halimah Yacob ke Malaysia bukti hubungan kukuh, persaudaraan erat kedua-dua negara dan rakyat - Agong 2 jam yang lalu: Polis sedang siasat video tular dua lelaki hina Nabi - Saifuddin 3 jam yang lalu: Kelantan beri bantuan Hari Raya RM700 kepada penjawat awam negeri - Menteri Besar 3 jam yang lalu: Cadangan cagaran KWSP bagi pembiayaan kewangan bank tidak bercanggah dengan Seksyen 51, Akta KWSP - PM Anwar

IKUTI KAMI


Kerajaan Terus Dituntut Benarkan Pengeluaran KWSP, ‘Masih Ada Rakyat Hilang Pekerjaan’

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2023 8:05PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan terus dituntut untuk meluluskan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), demi meringankan beban ekonomi rakyat yang terhimpit dan tertekan.

Presiden Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM), Azmi Mohd Tahir berkata, hingga hari ini, masih ada rakyat yang kesempitan atas pelbagai faktor dan sangat memerlukan sumber kewangan untuk menyelesaikan masalah mereka.

Katanya, ketika ini, masih ada rakyat yang kehilangan pekerjaan, pendapatan tidak stabil dan tidak seimbang, selain kesukaran mendapat pekerjaan disebabkan pelbagai faktor, seperti usia serta kesihatan.

“Ada juga menanggung hutang tertunggak yang tidak mampu diselesaikan, sehingga mendapat perintah mahkamah untuk harta dilelong, manakala ada berdepan hutang Ah Long dan tunggakan bayaran sewa rumah.

“Mereka terpaksa keluar dan menumpang dengan saudara mara terdekat atau rakan taulan, selain mengalami bermacam-macam masalah seperti diadu kepada pihak kami,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, alasan diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, iaitu negara sudah tidak berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ekonomi sudah dibuka, bercanggah dengan desakannya ketika menjadi Ketua Pembangkang.

“Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang, beliau menuntut supaya pengeluaran KWSP diluluskan, walaupun masa itu pun syarat PKP sudah dilonggarkan dan rakyat boleh bergerak seperti biasa, dengan syarat menjaga SOP (prosedur operasi standard).

“Malah rakyat dapat balik ke kampung halaman menyambut Ramadan dan hari raya,” katanya.

Sehubungan keperluan kumpulan memerlukan itu, Azmi yang mendakwa mewakili pencarum KWSP seluruh negara, menggesa Perdana Menteri meluluskan permintaan rakyat berkenaan.

Pada Februari lalu, PGRIM meminta kerajaan meluluskan pengeluaran KWSP 2.0 bersasar kepada tiga juta pencarum yang benar-benar terkesan.

Azmi berkata, angka itu diperoleh berdasarkan kajian senarai pencarum yang dijalankan pihaknya.

Menurutnya, sebelum ini, kerajaan membenarkan pengeluaran caruman kepada tujuh juta pencarum, namun tiada mana-mana agensi yang membuat kajian, dapat membuktikan semua itu adalah pencarum benar-benar susah.

“Tuntutan kami kali ini bersasar sebab kita tak mahu lihat perbelanjaan tidak terkawal atau pencarum tak terkesan, ambil kesempatan mengeluarkan simpanan KWSP untuk ‘berjoli’,” katanya.

Dalam Belanjawan 2023, Anwar tidak mengumumkan pengeluaran dana KWSP bersasar seperti diharapkan segelintir rakyat dan diperjuangkan beberapa pihak, bagi membantu golongan memerlukan menampung kelangsungan kehidupan akibat masalah kewangan dialami mereka.

Sebaliknya, Perdana Menteri mengumumkan, kerajaan bersetuju menambah caruman sebanyak RM500 ke dalam simpanan Akaun 1 KWSP bagi pencarum berusia 40 hingga 54 tahun yang memiliki baki simpanan kurang RM10,000 dalam akaun berkenaan.

Pengumuman itu mencetuskan persoalan adalah kerajaan masih tidak memahami kesusahan teruk didepani rakyat, khususnya B40 ekoran masalah ekonomi ketika ini.

Ia sekali gus menyebabkan rakyat melahirkan kekecewaan, termasuk di media sosial, malah NGO dan pemimpin politik terus menggesa supaya kerajaan mempertimbangkan semula tuntutan untuk pengeluaran KWSP itu.

Sebelum ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika menjawab pertanyaan media pada 9 Februari lalu adakah beliau akan mempertimbangkan pengeluaran KWSP dalam Belanjawan 2023 berkata, kerajaan sedang mengkaji alternatif membantu rakyat yang menghadapi masalah kewangan berikutan peningkatan kos sara hidup tanpa perlu mereka mengeluarkan simpanan itu.

Katanya, kerajaan sedang mencari jalan penyelesaian lain yang tidak akan membebankan pekerja apabila mereka bersara nanti. - Getaran, 5 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

Cagaran Wang Caruman KWSP Untuk Buat Pinjaman Bank Tidak Bercanggah Akta KWSP - PM

2

Semasa 1 jam yang lalu

Pengeluaran KWSP: Kerajaan Tidak Akan Laksana Pendekatan Populis

3

Semasa 5 jam yang lalu

Cadangan Cagar Wang Caruman KWSP Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

4

Semasa 5 hari yang lalu

Pembangkang, Sila Henti Hasut Rakyat Keluarkan KWSP

Sorotan

1

Naik Van Sekolah 5 Hari Untuk Mac, Bayaran Tetap Penuh Hingga RM1,000?

2

Pembatalan Lesen Senjata Api, Mengapa Atlet Menembak Turut Terbabit?

3

Pemimpin Baharu 3 Sayap UMNO Perlu Berdedikasi, Jalankan Amanah Seikhlas Hati - Presiden

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Kemuka Keputusan Penuh Pemilihan Parti Sesi 2023 - 2026

oleh Farhana Farush

Semasa 1 hari yang lalu

Petisyen Batalkan Kemenangan, Hadi Awang Hadir Beri Keterangan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 3 jam yang lalu

Cuti Disebabkan Sakit Gigi Antara Tertinggi

oleh Wartawan Getaran

Semasa 21 jam yang lalu

Bilangan Projek PPR Di Sabah Adalah Terbesar Di Malaysia