web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Projek Rancangan Tebatan Banjir Disegerakan, Perlu Beroperasi Mulai Jun Ini - PM Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2023 1:51PM

Anwar Ibrahim (kiri) ketika hadir bagi melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kampung Tengahari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEGAMAT - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan bahawa projek rancangan tebatan banjir (RTB) terutamanya di Johor, akan disegerakan operasinya bermula Jun ini.

Beliau berkata proses tender projek tebatan banjir berkenaan harus disegerakan dan perlu beroperasi segera, memandangkan isu banjir di Johor terutamanya, merupakan sesuatu isu yang berulang.

“Isu ini (banjir) kalau tidak dilakukan apa-apa yang serius, ia akan berulang. Isu banjir ini bukan kali pertama, tetapi sudah bertahun-tahun. Kadang-kadang, setahun dua kali.

“Oleh itu, kita putuskan projek yang mahal RM600 juta atau lebih tebatan banjir akan disegerakan. Nanti kita lulus dan disegerakan,” kata beliau kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kampung Tengah, di sini hari ini.

Beliau berkata enam projek tebatan banjir yang sebelum itu ditangguhkan sebentar, kerana beliau tidak mahu peruntukan untuk bantu rakyat terdapat ketirisan atau kecurian, meskipun proses tender itu disegerakan.

Bagaimanapun, Anwar memberikan amaran kepada kepada syarikat atau pihak yang terlibat, agar tidak menyalahgunakan peruntukan bencana yang diberikan kerajaan.

“Saya beri amaran keras jangan guna peruntukan ketika banjir atau darurat ataupun masalah-masalah yang dihadapi seperti mana RTB, jangan guna itu (peruntukan) untuk mencari peluang mendapat habuan tambahan,” kata Ahli Parlimen Tambun itu.

Sebelum ini pada pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri mengumumkan enam projek tebatan banjir akan ditender semula dengan segera selewatnya pada Jun tahun ini, termasuk RTB di Sungai Johor, Kota Tinggi, Johor.

Selain itu, projek RTB lain yang akan melalui proses tender semula ialah pembinaan kolam takungan dwifungsi bagi tebatan banjir dan sumber bekalan air mentah di Sungai Rasau dan Sungai Klang, Selangor, serta Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok Fasa 3, Kelantan.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan RM10 juta melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang baru-baru ini diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya juga sudah menambah peruntukan RM50 juta untuk kita menyalurkan sebahagiannya kepada mangsa-mangsa dan ada beberapa projek segera. Usaha-usaha telah dilakukan oleh jabatan-jabatan kerajaan negeri, kemudiannya daripada kerajaan pusat.

Selain itu, beliau berkata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi juga ada memohon beberapa projek baharu, bagi mengurangkan impak banjir.

“Saya beritahu oleh kerana kita boleh jimatkan beberapa kos (antara) RM1 bilion hingga RM2 bilion daripada projek lama, wang itu akan dipindahkan untuk menjalankan projek baharu. Sekarang (banjir) ini di Segamat, (selain itu) Kota Tinggi dan kawasan-kawasan lain yang berat dilanda banjir,” kata beliau.

“Selain itu, Ahmad Zahid, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustaha (dan) juga menteri-menteri kabinet yang lain, telah turun memantau dan memberi bantuan, sekali gus mengurangkan tekanan hidup bagi mangsa-mangsa banjir yang terpaksa berpindah dan mengalami kesusahan, kita cuba mengurangkan tekanan dan beban mereka,” kata Perdana Menteri.

Beliau juga telah menghubungi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang penting, yang juga telah mengumpulkan dana tambahan RM20 juta, untuk membantu rakyat Johor.

“Tenaga Nasional Bhd akan turun menyelesaikan masalah elektrik segera, Yayasan Sime Darby pula menyediakan kit-kit kesihatan, untuk lebih 1,500 keluarga dan (GLC) selainnya mengumpulkan dana RM20 juta tambangan untuk rakyat Johor,” kata Anwar.

Terdahulu, beliau meluangkan masa kira-kira setengah jam bertemu mangsa banjir di PPS berkenaan, selain mendengar taklimat banjir daripada agensi berkaitan.

Turut mengiringi beliau Menteri Besar Johor dan Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad