web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KBS Perkasa Semula Program Rakan Muda

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2023 9:20AM

Adam Adli berkata usaha memperkasakan program Rakan Muda itu akan melibatkan kerjasama pelbagai pihak seperti persatuan belia dan sukan sedia ada di negara ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memperkasakan semula program Rakan Muda menerusi pelbagai penambahbaikan agar dapat memberi impak lebih menyeluruh dan positif kepada golongan belia.

Timbalan Menterinya Adam Adli Abdul Halim berkata penambahbaikan itu meliputi pembangunan potensi dan pembentukan karakter belia, pembangunan potensi, dan semangat kesukarelawanan berdasarkan keperluan mereka serta perkembangan semasa dunia.

"Program Rakan Muda masih berjalan namun kita mahu ia menjadi satu daripada program utama KBS sekali gus kembali menjadi program flagship (kemegahan) kementerian agar dapat mengembalikan semangat asal Rakan Muda.

"Menerusi usaha ini, masyarakat boleh mendapat manfaat terutama belia yang masih bersekolah dan golongan NEET (belia tercicir dari pekerjaan, pendidikan dan latihan formal) seperti mereka yang baharu tamat persekolahan atau mempunyai masa untuk meneroka minat masing-masing," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Neon Night Fun Run and Run Walk yang disertai kira-kira 1,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat dan umur di Dataran Sejarah Ayer Keroh.

Adam Adli berkata usaha memperkasakan program Rakan Muda itu akan melibatkan kerjasama pelbagai pihak seperti persatuan belia dan sukan sedia ada di negara ini.

Rakan Muda adalah program pemupukan minat, penggilapan bakat dan penyerlahan potensi diri melibatkan belia berumur 15 hingga 25 tahun yang diperkenalkan kerajaan pada 1994.

Visi pelaksanaan program itu ialah melahirkan belia positif yang berdaya saing, berketrampilan dan bertanggungjawab dalam membina masa depan negara bagi mencapai matlamat Dasar Belia Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Adam Adli berkata Jabatan Belia dan Sukan (JBS) di setiap negeri diminta bergerak lebih kreatif dalam melaksanakan program riadah, rekreasi, sukan dan santai yang mampu memberi impak besar kepada masyarakat sekali gus membudayakan gaya hidup sihat.

"Kita tahu peruntukan yang disalurkan kepada JBS selalunya tidak sebesar kementerian lain dan kita mahu dengan perbelanjaan minimum, aktiviti berimpak besar dapat dilaksanakan seperti Fun Run kerana kebiasaannya mendapat sambutan menggalakkan.

"Program ini boleh dilaksanakan di kawasan perumahan atau penduduk setempat seperti senamrobik, zumba atau permainan tradisonal bagi melahirkan masyarakat yang aktif," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Faisal Halim Tunjuk Kesembuhan Positif

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Geran KWASN Diperluaskan Kepada Atlet Persendirian

3

Sukan 2 tahun yang lalu

KBS Capai 22 Pembaharuan Dalam Tempoh 9 Bulan - Adam Adli

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bunuh Diri Akibat Buli Siber, Program Rakan Muda Isu Dikupas Dewan Rakyat

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 9 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan