web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong, Raja Permaisuri Zahir Takziah Kepada Keluarga Mantan Presiden MCA

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2023 11:29AM

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah turut menzahirkan kesedihan dengan pemergian Lee San Choon - Gambar Facebook Istana Negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mantan Presiden MCA, Tan Sri Lee San Choon yang meninggal dunia semalam.

Ucapan itu dizahirkan baginda berdua menerusi hantaran di Facebook Istana Negara.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah turut menzahirkan kesedihan dengan pemergian San Choon.

“Agong dan Raja Permaisuri Agong berharap seluruh keluarga mendiang sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu itu.

“Seri Paduka berdua menghargai jasa, khidmat dan bakti mendiang kepada masyarakat serta negara,” katanya.

San Choon berkhidmat sebagai Presiden MCA bermula tahun 1975 hingga bersara daripada arena politik pada 1983.

Mendiang, 88, yang dilahirkan di Pekan, Pahang, turut dilantik memegang beberapa portfolio menteri antaranya Menteri Buruh, Kerja Raya dan Kemudahan Awam serta Menteri Teknologi, Penyelidikan dan Penyelaras Kampung Baru.

Di awal pembabitan dalam dunia politik, San Choon bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) bagi kerusi Parlimen Kluang Utara dan memenangi kawasan itu pada tahun 1959.

Ketika itu, mendiang baru berumur 24 tahun.

Malah, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda MCA dan pernah dilantik Setiausaha Eksekutif Parti Perikatan. – Getaran, 4 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Budaya Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa Perlu Jadi Teras Kepimpinan ATM - Agong

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad