web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MAIDAM Larang Program Unsur Politik Di Masjid, Surau Terengganu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2023 8:45PM

Larangan itu termasuk melibatkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mengeluarkan arahan larangan penyampaian kuliah agama, ceramah dan penganjuran aktiviti berunsur politik oleh ahli politik di semua masjid dan surau di Terengganu.

Yang Dipertuanya, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata larangan itu termasuk melibatkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara.

Beliau berkata masjid dan surau adalah institusi agama yang sangat mulia dan menjadi lambang penyatuan umat Islam, oleh itu ia tidak boleh disalah guna untuk tujuan politik yang boleh menimbulkan keresahan dalam masyarakat.

"Sultan Mizan Zainal Abidin melahirkan rasa dukacita dengan situasi penglibatan segelintir ahli politik yang menyampaikan kuliah, ceramah dan pengajaran agama serta bertindak sebagai khatib dan imam solat Jumaat tanpa kebenaran MAIDAM.

Baginda ingin masjid dan surau berfungsi dengan baik, memberi manfaat kepada masyarakat setempat dan tidak dicemari unsur politik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain larangan kuliah, ceramah dan aktiviti berunsur politik, Shaikh Harun berkata semua ADUN, Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara juga tidak dibenarkan menjadi imam dan khatib di masjid dan surau di negeri ini.

Malah katanya semua pengerusi dan ahli jawatankuasa masjid dan surau perlu memastikan penceramah, pengkuliah, tenaga pengajar serta khatib solat Jumaat yang dijemput mempunyai tauliah atau kelulusan yang dikeluarkan oleh MAIDAM.

"Semua kepimpinan dan aktivis parti politik juga tidak dibenarkan menyampaikan apa-apa ceramah, kuliah atau pengajaran agama dalam negeri Terengganu kecuali pemegang tauliah atau dengan kebenaran MAIDAM.

Mana-mana program keagamaan yang dianjurkan agensi kerajaan, badan berkanun, anak-anak syarikat negeri dan badan bukan kerajaan (NGO) yang diadakan di bangunan agensi atau tempat awam hendaklah memastikan penceramah, pengkuliah atau ahli panel dalam atau luar negeri yang dijemput mempunyai kelulusan daripada MAIDAM," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Final EURO 2024: England Jadi Pilihan Ahli Politik Malaysia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Ustaz Don Dilarang Ceramah Di Masjid, Surau Seluruh Selangor

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Ustaz Don Hanya Tahu Direhatkan Terus Dari Salam Baitullah Menerusi X, JAKIM Kata Isu Kecil 

4

Politik 2 tahun yang lalu

Selat Klang Isytihar Sokong MB, Ada Rakan Lain Bakal Ikut Jejak?

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad