web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Seri Paduka Berkenan Berangkat Mengunjungi 2 Pusat Teknologi Canggih UAE

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2023 8:06AM

Menurut Istana Negara, turut mengiringi Al-Sultan Abdullah ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hassan, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Duta Besar Malaysia ke UAE Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin - Gambar Facebook Istana Negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat mengunjungi dua pusat teknologi canggih serta kemudahan pembuatan milik EDGE Group iaitu Abu Dhabi Ship Building dan CARACAL di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam.

Menurut catatan di laman Facebook Istana Negara hari ini, EDGE Group adalah sebuah konglomerasi 25 syarikat milik kerajaan UAE yang menyediakan persenjataan tentera dan teknologi berkaitan.

“Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut oleh Pengerusi Lembaga Pengarah EDGE Group Faisal Al Bannai dan Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif EDGE Group Mansour Almulla serta barisan kepimpinan dan pengurusan tertinggi EDGE Group,” menurut catatan itu.

Menurut Istana Negara, turut mengiringi Al-Sultan Abdullah ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hassan, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Duta Besar Malaysia ke UAE Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin.

Bernama sebelum ini melaporkan baginda berada di UAE bagi lawatan khas tujuh hari hingga 1 Mac.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat mengiringi Al-Sultan Abdullah dalam lawatan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong, PM Tunai Solat Sunat Aidilfitri Di Surau Utama Istana Negara

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Terus Fokus Tambah Baik Kuarters Tentera, Polis Yang Uzur - PM

3

Semasa 5 bulan yang lalu

MINDEF Arah ATM Siasat Kegiatan Tidak Bermoral Di Kem Tentera

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertabalan Sultan Ibrahim Hampir Lengkapkan Pusingan Kedua Penggiliran Yang Di-Pertuan Agong

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan