web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


TVET Pusat Tahfiz Awam, Swasta: Kerajaan Belum Ada Ketetapan, Namun Kenalpasti Keperluannya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2023 7:08AM

Penerapan modul berkaitan TVET kepada semua pelajar tahfiz dilihat sebagai tambah nilai yang amat signifikan, bagi membantu mereka merencana dan meluaskan skop kerjaya - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan belum membuat sebarang ketetapan agar semua pusat tahfiz awam dan swasta yang berdaftar di negara ini, perlu mempunyai modul berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), bagi laluan kerjaya pelajar lepasan institusi pendidikan itu.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, bagaimanapun penerapan modul berkaitan TVET kepada semua pelajar tahfiz dilihat sebagai tambah nilai yang amat signifikan, bagi membantu mereka merencana dan meluaskan skop kerjaya.

Justeru, katanya, Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) sudah menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pembangunan Tahfiz-TVET yang berperanan membantu dan menasihati institusi tahfiz, membabitkan usaha memperkasa kurikulum, bahan pengajaran dan pembelajaran, peningkatan kompetensi pegawai serta aspek persijilan.

“Jawatankuasa ini akan mengenal pasti keperluan semasa program TVET di institusi tahfiz, selain melihat keperluan pembangunan program baharu yang bersesuaian.

“Ia juga akan mengenal pasti inisiatif yang dapat memperluaskan akses pelajar tahfiz bagi mengikuti program TVET,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan dikemukakan Ahli Parlimen Parit Buntar, Mohd Misbahul Munir Masduki sempena penggal Dewan Rakyat mengenai adakah kerajaan akan meneruskan usaha menjadikan semua sekolah tahfiz awam dan swasta yang berdaftar, mempunyai modul TVET bagi tujuan laluan kerjaya kepada pelajarnya.

Sivakumar berkata, KSM melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), turut bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ke arah memartabat dan melahirkan golongan huffaz berkualiti serta berkemahiran tinggi.

Katanya, usaha itu selaras dengan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN), iaitu membuka peluang luas kepada lepasan bidang tahfiz, penawaran kursus kemahiran kepada murid tahfiz dan meningkatkan kemahiran serta kebolehpasaran mereka.

“Bagi menggalakkan lagi penglibatan pelajar tahfiz dengan program TVET, kerjasama turut dijalinkan antara penyedia TVET bersama pusat tahfiz dalam melatih dan melengkapkan mereka dengan kemahiran bersesuaian.

“Kursus berbentuk jangka pendek banyak ditawarkan kepada pelajar tahfiz ini sebagai pendedahan, seterusnya membuka laluan kepada mereka untuk mendalami kemahiran diminati secara lebih berstruktur,” katanya. – Getaran, 3 Februari 2023

Isu Pada

Dolla Tunjuk Taring

04 Mar 2023

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Pembiayaan Tambahan RM200 Juta Disediakan Untuk Program TVET - PM

2

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Strategi Baharu Akan Dirangka Pastikan Bakat TVET Relevan - Steven Sim

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Generasi Muda Perlu Diberi Peluang Dalam TVET Berteknologi Tinggi - Ahmad Zahid

4

Semasa 2 tahun yang lalu

100 Peserta Pertama JELITA@RISDA Miliki SKM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran